Siapa tak kenal dengan Ratu Trend, Neelofa yang memang dikenali sebagai ikon fesyen yang bijak menggayakan apa jua busana yang diberikan padanya. Begitu juga dengan hijab yang digayakan dan ada kalanya beri inspirsi buat hijabi di luar sana untuk bertudung. Baru-baru ini Neelofa muat turut foto dia memakai hijab bawal yang digayakan cukup ringkas dan menyerlahkan lagi aura pengacara dan pelakon serba boleh ini.
Setelah sukses dalam menjalin kerjasama dengan penyanyi sensasi, Aina Abdul pada tahun lalu, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) menyambung kolaborasi terbabit di tahun 2022.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Aina merupakan pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin di bawah jenama Trulooks, teruja wajah Aina terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia adalah salah satu impian menjadi kenyataan.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.
Aina ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad. Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah mendedahkan ada kata-kata sumbang kedengaran ketika mereka menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu.
“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.
“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya lagi wajah Aina adalah testimony yang tepat bagi memberi impak keberkesanan produk ini pada mereka yang mempunyai masalah yang sama.
Penampilan yang menjadi perhatian ramai, Aina Abdul tidak pernah memilih jalan pintas untuk tampil lebih langsing. Pernah berasa selesa dengan susuk tubuh dahulu namun untuk kekal dalam industri dan demi kerjaya Aina terpanggil untuk menjalani kehidupan sihat. Cukup dengan mengamalkan makanan sihat dan senaman yang konsisten yang dibantu oleh pembantu peribadi kesihatan bermula dari fasa pandemik, Aina berjaya turunkan berat badan 8kg dan 50kg berat badan yang ideal menjadi impian Aina.
Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan pelantun lagu Sepi ini.
“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya.
“Majlis ini juga melancarkan Truskin Trio Happyness Edition dan meraikan kerja keras CEOBOSS, ejen kami yang bekerja keras sepanjang tahun lalu serta menyuntik semangat agar kecemerlangan itu berterusan pada 2022,” katanya.
Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016, Trulooks merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium. Bermula pada tahun 2019, Trulooks mula mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin.
Sehingga sekarang, ia mempunyai lebih 2,000 stokis dan ejen di seluruh negara, termasuklah Brunei dan Singapura. Truskin Trio Happyness Edition mengandungi micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit selama 72 jam, memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal 7 hari. Hadiah percuma istimewa iaitu lip tint dengan setiap pembelian set istimewa ini.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak lama lagi kita akan meninggalkan tahun 2018 yang penuh gemilang. Ramai di kalangan kita yang telah mencapai azam tahun ini dengan jayanya. Seperti perkongsian wanita ini yang juga turut berjaya dalam misinya mengurangkan berat badan seperti yang dikehendakinya. Dia yang mempunyai berat sebelum itu melebihi 80 kg dan kini hanya 69 kg. Dan tinggal lagi sebulan menjengah tahun 2019 dan pastinya misinya untuk kekal pada berat 57 kg akan tercapai.
Berkongsi caranya berjaya mengurangkan berat badan selama 9 bulan dengan mengamalkan diet yang sihat dan hasilnya memang cukup membanggakan.
Dia tolak terus minuman manis sepanjang tempoh itu dan dari obes kelas 3 menjadi overweight sahaja sekarang.
Malah dia turut gembira dengan perubahan yang dialaminya kerana berjaya memakai baju saiz 4XL menjadi kepada saiz M sahaja.
Untuk mendapatkan saiz baju yang diidamkan, dia hanya mengamalkan diet kalori dalam usaha mengurangkan berat badannya.
Buat pembakar semangat geng KDK..kita buat kita dapat hasilnya…saya makan suku suku separuh 5-6kali sehari + senaman buat dalam rumah jer seminggu 3,4 kali..air masak wajib 4liter sehari,air manis alhamdulillah dah 9bulan lebih x minum,minuman faveret nescafe ais dh dilupakan..kalau teringin saya minum kopi o kosong,green tea saya minum 2kali sehari.seminggu sekali sy CHEATDAY sbb mkn dgn family…alhamdulillah dari obese kelas 3 skrg dan overweight..semoga impian saya dan azam 2018 tercapai..jom kawan2 semua kita terus kekal sihat…
BMR 1354kcal
DCR 1760kcal
DCI 1400kcal
Berat sebelum 85kg
Berat sekarang 69kg
Tinggi 153cm
Baju dulu beli saiz 4XL,3XL…skrg dah muat L..skrg fight untuk saiz M….hampir 12bulan diet kalori ..skrg cuba combine dgn intermittent fasting..Gambar sebelum tu tak insaf lagi start insaf 13dec 2017.
Ini yg saya buat pada mula tekad berubah:-
** 21hr pertama saya tgglkan minuman manis trs..tukar kpd air masak sekurangnya 2-3liter sehari ataupun urin jernih..makan buat suku suku separuh..mkn 5-6kali sehari..
tempoh 21hr ni sarapan tukar drpd suka mkn nasi lemak,roti canai tu ambiklah oat ke,sandwich telur,wrap,telur rebus,salad buah ke..senaman buat yg ringan2..
mcm berjalan kaki pusing taman ke mula2,pastu baru buat skipping sikit2, Mkn plak eloknya bakar2,rebus…
kuah semasa mkn klu bleh elakkan..dlm tempoh tu agak susah tp ianya nk cabar disiplin kita..so kena cekal hati. Slps 21hr bdn akn terima corak mkn kita tu. .
Ramai di antara kita mengimpikan rehat malam yang baik dan pagi yang indah tanpa bunyi penggera. Nampaknya apa yang kita perlukan hanyalah tidur dan kehidupan akan serta-merta menjadi lebih baik sebaik sahaja kita tidur seberapa jam yang kita mahu.
Walau bagaimanapun, tidur sebenarnya boleh bertukar dari kawan kita kepada musuh jika kita memanjakannya tanpa sebarang batasan. 5 sebab tidur terlalu banyak mempunyai banyak kesan sampingan, jadi anda mungkin ingin mempertimbangkan semula untuk berbuat demikian.
Anehnya, mendapat banyak tidur tidak akan membuatkan anda berasa segar dan bertenaga. Sebaliknya, anda akan mengalami keletihan dan tidak mahu melakukan apa-apa. Jumlah tidur yang disyorkan adalah antara 7-9 jam untuk orang dewasa. Jika anda tidur lebih daripada itu, otak anda berasa berkabus, menyebabkan anda tidak dapat fokus.
Ini adalah tanda biasa tidur berlebihan, yang disebabkan oleh neurotransmitter yang tidak berfungsi. Terlalu banyak tidur biasanya membawa sakit kepala jenis ketegangan. Lebih-lebih lagi, jika anda berdengkur, lebih cenderung untuk bangun dengan sakit kepala.
Selalunya, tidur terlalu banyak memburukkan kemurungan kronik dan keadaan lain, seperti sakit belakang. Selain itu, jika anda cenderung untuk tercungap-cungap pada waktu malam juga dikenali sebagai sleep apnea, mungkin berada di atas katil lebih lama kerana kualiti tidur yang kurang baik. Akibatnya, keadaan jantung boleh menjadi lebih teruk.
Daripada berasa gembira dan penuh tenaga, anda lebih cenderung untuk bangun dengan marah dan murung. Bangun dari tidur berasa sudah letih dan menyedari bahawa anda tidak boleh menjadi produktif seperti yang anda mahu. Spoil mood anda!
Bukan sahaja wajah anda lebih cepat menua, tetapi juga otak anda. Dianggarkan bahawa yang terakhir boleh berumur 2 tahun. Tidur terlalu banyak menyebabkan masalah ingatan dan tumpuan. Selain itu, tidur berlebihan melambatkan metabolisme dan menyebabkan penambahan berat badan.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.