Bagi wanita, bra dan panties lama (baju/seluar dalam) tentunya menjadi masalah untuk dilupuskan. Hendak buang begitu sahaja di dalam tong sampah, bimbang pula disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Sebenarnya ada cara yang boleh dipraktikkan bagi melupuskan baju/seluar dalam dengan cara yang selamat.

Berikut perkongsian yang dipetik dari warkahbuatbulan.blogspot.com.

Dalam sebulan, mesti akan ada pakaian dalam kita yang perlu dibuang bukan? Tidak kisahlah sama ada baju dalam atau seluar dalam. Yang terkoyak, yang tertanggal ribbon, yang terkeluar spring. Itu sekadar beberapa contoh.

Persoalannya bagaimana kita hendak menamatkan ‘riwayat’ pakaian yang sudah rosak dan tidak boleh dipakai lagi? Masalah ini sememangnya dialami oleh ramai wanita.

Mungkin ada terfikir untuk:

BAKAR
Tidak sesuai kerana ia boleh menambah kandungan karbon dioksida dalam udara.

IKLAN

FLUSH DALAM TOILET
Jangan! Tak pasal-pasal kantoi dengan Indah Water pula. Lebih buruk lagi, tandas akan tersumbat.

JUAL DI KEDAI BUNDLE
Out of the box punya thinking. Mungkin pakaian dalam kita mengandungi ‘sisa’ kita. Seteliti mana pun kita cuci, masih berbekas ‘sisa’ di situ. Lupakan sahaja hasrat untuk recycle pakaian dalam kita. Jangan pula hantar pakaian dalam terpakai sebagai bantuan untuk mangsa banjir pula.

Berikut dikongsikan cara untuk melupuskan baju dalam/seluar dalam dengan teliti. Caranya mudah sahaja.

IKLAN

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Gunting
Plastik sampah

IKLAN

Berikut langkah-langkah yang boleh dilakukan:

1.Gunting pakaian dalam anda sekecil-kecilnya. Hingga kalau ada orang yang menjumpainya, mereka tidak mungkin dapat menyambung kembali pakaian dalam tersebut. Keluarkan besi dan span. Gunting renda dan segalanya. Racik halus-halus.

2.Masukkan perca pakaian dalam ke dalam beberapa plastik sampah yang berbeza. Ini untuk mengurangkan kemungkinan untuk orang menemui satu set lengkap pakaian dalam anda yang sudah diracik kecil..

3. Buang plastik sampah ke tempat yang disediakan. Dan berdoa agar pakaian dalam itu dilupuskan dengan baik dan dijauhi dari anasir yang mahu berbuat jahat.

Moga dengan cara ini, baju dan seluar dalam yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi dapat dilupuskan dengan lebih berhemah.

Sumber kredit: warkahbuatbulan.blogspot.com.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI