Personaliti dan kebersihan diri individu sering diukur menerusi penampilan yang kemas serta aroma tubuh menyenangkan.

Selain menarik perhatian individu lain menerusi deria mata yang melihat, rasa sensitif dan kepekaan deria hidung memainkan peranan penting bagi memastikan kehadiran kita mampu diterima sebaiknya.

Semua orang pasti berpeluh dan berpotensi memiliki bau badan yang kurang sedap. Salah satu cara untuk menghilangkan bau badan adalah dengan menggunakan deodorant agar bau badan tidak mengganggu. Deodorant sendiri merupakan produk kosmetik yang memang dibuat khusus untuk membunuh bakteria penyebab bau badan.

IKLAN

Pernah tak anda terlupa memakai deodorant ketika keluar rumah atau pergi ke pejabat?

Pasti anda rasa tidak yakin dibuatnya. Risau badan berbau nanti hingga boleh membuatkan orang sekeliling mengata pula.

IKLAN

Jangan risau, kerana anda masih boleh mengatasi masalah ini tanpa menggunakan deodorant pun. Memetik laman purewow, apa yang hanya anda perlukan ialah hand sanitizer.

IKLAN

Pilih sahaja hand sanitizer kegemaran anda. Apa pun jenisnya, ia mampu menggantikan fungsi deodorant pada ketiak. Jadi ketiak anda tidaklah berbau sehingg menyebabkan orang sekdeliling berasa kurang selesa,

Kemudian, titiskan pada tapak tangan anda sebelum mengoleskannya pada bahagian ketiak. Biarkan ia kering, dan selesai! Anda kini lebih yakin tanpa perlu bimbang dengan bau badan!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI