Memelihara rambut daripada kelemumur tidak sukar cuma perlu rajin. Jika anda bersikap sambil lewa dalam penjagaan rambut dan kulit kepala, ia menyebabkan kelemumur, rambut gugur dan bercabang menjadi masalah utama anda.

Maka sebab itulah pemilihan syampu yang tepat mampu merawat rambut dengan berkesan. Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, mereka perlu lebih berhati-hati dalam soal pemilihan syampu bagi mengelakkan masalah kelemumur menjadi lebih serius.

Photo by Element5 Digital from Pexels

Berikut dikongsikan pilihan jenis syampu yang sesuai untuk merawat rambut berkelemumur.

SEBAMED BABY CHILDREN’S SHAMPOO

Syampu ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga sesuai untuk merawat masalah kelemumur di kalangan orang dewasa. Syampu ini dapat memastikan pH kulit kepala sentiasa neutral supaya kulit kepala tidak kering dan gatal serta bebas daripada paraben dan aluminium.

Ianya juga berfungsi untuk menguatkan kulit kepala agar rambut dapat tumbuh dengan lebih sempurna. Syampu ini dapat menenangkan, melembutkan dan memberi lembapan pada kulit kepala si kecil supaya elakkan masalah kulit kepala kering.

HEAD & SHOULDERS ANTI-HAIRFALL ANTI-DANDRUFF SHAMPOO 

IKLAN

Syampu 2 dalam 1 ini mampu memberi kekuatan pada akar hingga hujung rambut agar lebih kuat dan lebat. Diperkaya dengan minyak semulajadi, syampu ini dapat menghalang masalah rambut gugur atau putus jika anda menggunakannya secara konsisten. Untuk rambut lebih kuat dan bersinar, syampu ini terbaik buat anda yang inginkan rambut menawan.

SELSUN BLUE 2 IN 1 DANDRUFF TREATMENT SHAMPOO

Selenium Sulfide yang terkandung dalam syampu ini mampu menghalang kelemumur serta kegatalan pada kulit kepala. Selsun Blue ini adalah salah satu jenama yang berkesan untuk membaikpulih rambut atau kulit kepala bermasalah terutamanya kelemumur.

Diformulasikan dengan Honeyquat 50, ianya dapat mengekalkan lembapan pada kulit kepala dan membuatkan rambut anda kekal bersinar sepanjang masa. Asid Hyaluronik dan Vitamin B5 sebagai bahan tambahan untuk menghidupkan kembali rambut sehingga tampak berseri.

IKLAN

ALPECIN CAFFEINE SHAMPOO DOUBLE EFFECT 

Kafein membantu mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertubuhan rambut. Ia juga telah terbukti melambatkan keguguran rambut, jika menggunakan syampu ini setiap hari.

Bahan aktif dalam syampu Alpecin Kafein ini berfungsi dengan meresap ke dalam folikel agar ia dapat mengukuhkan dan menguatkan akar rambut. Silikon didalam produk ini juga dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan boleh digayakan dengan pelbagai cara. Jika anda inginkan rambut lebih tebal dan cantik bermaya, gunakan syampu ini secara konsisten sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

HIMALAYA ANTI-DANDRUFF SHAMPOO – GENTLE CLEAN 

IKLAN

Bagi anda yang mengalami masalah rambut rosak, putus atau bercabang dengan mudah, gunakan syampu daripada Himalaya ini yang berkesan membaiki kerosakan rambut dengan penggunaan secara konsisten.

Dengan mengandungi ekstrak Tea Tree dan Rosemary, ianya memberi lembapan dan membersih secara mendalam tanpa mengeringkan kulit kepala. Syampu ini juga diperkaya dengan kebaikan semulajadi kompleks Protein 5, rambut anda akan menjadi lembut dan bersinar sepanjang masa.

REJOICE ANTI-DANDRUFF 3 IN 1 SHAMPOO

Kandungan esen creambath yang membantu uruskan rambut mudah kusut. Manakala kandungan ZPT pula melawan masalah kelemumur yang menyebabkan kulit kepala menjadi ‘flakey’ dan kegatalan. Aroma dari syampu ini juga mampu kekal sehingga seharian walaupun anda berhijab.

HIJABISTA: Bagi wanita berhijab, penjagaan tambahan perlu diberikan berbanding mereka yang tidak bertudung. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu menyebabkan kelemumur yang serius.

Sumber kredit: ProducNation.co

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI