Kecantikan aktress jelita, Lisa Surihani sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah, sejak beliau memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya dengan mengenakan hijab, pengacara dan juga isteri kepada pengarah, Dato’ Yusry Abdul Halim ini semakin menjadi sorotan wargamaya meski tampil dengan gaya paling minimalis.
Meski sibuk menguruskan kerjaya sebagai pengacara, duta dan keluarga. Ibu kepada tiga cahaya mata ini sering tampil memukau dan meraih perhatian ramai dengan kecantikan yang semakin terserlah ketika mengenakan hijab. Selain itu, Lisa juga bijak memilih busana yang bersesuaian dengan imej muslimahnya kini.
Hijabista sempat menganalisa dan menyelidiki hantaran di laman Instagram Lisa Surihani dan mengenalpasti apakah rutin seharian yang sering dilakukan aktres ini untuk kekal jelita! Jom kita semak.
1. Jarang Kenakan Solekan
Solekan selalunya menjadi ‘teman karib’ bagi wanita kerana ia mampu merubah penampilan seseorang itu menjadi luar biasa. Solekan juga mampu meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Tetapi sejak mula istiqamah berhijab Lisa dilihat semakin jarang mengenakan solekan yang tebal kecuali atas tuntutan kerja bagi menghadiri majlis-majlis formal. Malah, Lisa lebih selesa hanya mengoleskan perlindung sinaran UV (Sunscreen) agar dapat melindungi diri dari dimamah panahan mentari. Lisa juga hanya menaikan seri wajahnya dengan menggunakan maskara serta gincu yang dioles nipis pada wajah.
2. Jadikan Senaman Sebagai Rutin
Ads
Selain menjaga kesihatan kulit wajah. Lisa juga rajin melakukan senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, semakin berusia semakin menjadi satu kewajipan untuk menjaga kesihatan tubuh badan jika tidak mahu merisikokan kesihatan. Hanya lakukan senaman ringan seperti turun naik tangga, brisk walking atau bersenam secara santai juga sudah memadai!
‘Happy wife happy life’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kebahagiaan Lisa sejak mendirikan rumahtangga dengan Yusry sejak 11 tahun yang lalu. Malah, pasangan ini sentiasa kelihatan sangat sweet dan romantik dan mereka sering dilihat bersama-sama walau dimana pun.
Ads
Jelas terpancar kebahagiaan yang dipaparkan pasangan ini. Hasil perkongsian hidup bahagia merpati dua sejoli ini, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Mungkin inilah rahsia sebenar kejelitaan Lisa. Apabila bahagia maka dalaman pun gembira terpancar kecantikan dari jiwa ke wajahnya.
Apa yang Hijabista dapat kenalpasti. Lisa meskipun sibuk dengan tugasan alaupun sibuk memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan.
Ads
Lisa akan memastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.
Siapa yang rajin pergi pasar malam, pasti pernah lihat kaki ayam dijual dengan harga yang murah. Ramai yang menolak untuk membelinya kerana terbayang dengan kaki itu ayam berjalan menguis tanah mencari makanannya.
Namun anggapan ini pasti ditolak oleh penggemar kaki ayam. Kaki ayam ini paling sedap jika dimasak kari ataupun sup. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kaki ayam ini memang banyak khasiatnya.
Lupakan seketika bayangan betapa kotornya kaki ayam ini memijak tanah. Sebaliknya bayangkan keenakan menghirup sup kaki ayam dengan menggigit isinya yang lembut dan mudah ditanggal dari tulang kaki.
Admin nak kongsi pelbagai khasiat kaki ayam. Rasanya lepas baca info di bawah pasti ramai yang akan cari sup kaki ayam. Percayalah.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan, Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan, Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
i. Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong penggantian sel. Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.
iii. Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.
iv. Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.
v. Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.
Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik.
Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang.
Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Oleh kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stres. Bahkan arginin juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tip untuk memasak kaki ayam dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
3. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
4. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
5. Hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
6. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
7. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan masak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Ini kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
SUMBER: SIHAT WARAS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak mengenali isteri kesayangan Engku Emram, Laudya Cynthia Bella yang juga merupakan selebriti popular dari Indonesia. Bukan sahaja sikapnya yang santun, tetapi memiliki seraut wajah yang halus dan mulus. Malah senyuman manis yang terukir di bibir membuatkan penampilan dirinya tak puas mata memandang.
Ketika sesi fotografi dengannya, Hijabista sempat bertanyakan rutin penjagaan harian kecantikan wajah Laudya Cynthia Bella atau Bella yang mempunyai pengikut di laman instagram lebih 20 juta ini.
Menurut Bella dia memang sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia anugerah dari Allah.
“Biasanya kalau hari tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap even tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka.
“Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah.
“Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda,” ujarnya yang sudah tiga tahun mengenakan hijab.
Bagi Bella walaupun sudah berhijab, tetapi seseorang itu masih boleh bergaya ‘on point’ mengikut citarasa masing-masing.
“Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh.
“Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih beruasaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
“Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang isteri dan wanita Muslimah.
“Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan suami Bella gemar Bella memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh,” tambahnya.
Jika selama ini ramai yang berkongsi cara untuk turunkan berat badan, tetapi kurang memberi tip bagaimana mahu menaikkan berat badan. Perkongsian di laman twitter ini memberi petua dan rutin pemakanan bagaimana mereka yang bertubuh kurus mahu mendapatkan berat badan ideal.
Dikongsi oleh pengguna laman sosial menggunakan nama akaun @syam131 memberitahu jadual pemakanan serta tip berguna yang boleh diikuti dan dijadikan panduan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.