Di samping menjadi bahan penyedap masakan untuk menambah keenakan hidangan, tidak ramai yang tahu manfaat halba dari sudut kesihatan. Tanaman ini tumbuh subur dan luas di India, Mesir dan negara Timur Tengah.
Selain bagus untuk penjagaan dalaman, air halba juga bagus untuk penjagaan kulit wajah.
Tahukah anda penggunaan halba untuk kulit wajah menjadikan kulit wajah nampak ‘instant glowing’ dan mengurangkan radang jerawat pada kulit.
Apabila memakai masker ini, jerawat merah-merah akan segera pulih. Jika anda ada masalah blackhead juga, pemakaian masker ini sangat membantu. Memang berkesasn apabila anda memakai masker halba ini.
Selain itu, jika anda mengalami masalah lingkaran gelap di bawah mata, pemakaian masker ini juga sangat membantu. Hasilnya kulit di bawah mata kembali tegang. Kedutan di bahagian mata pun hilang.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara-cara membuat masker halba.
MASKER HALBA
BAHAN-BAHAN:
*1/2 cawan halba
*2 cawan air
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus halba dengan air selama 5 minit. Biarkan semalaman. Jika halba itu kering dalam periuk nanti, anda tambah lagi air. Biarkan halba ini terendam.
2. Keesokan harinya, tapis halba tersebut. Air halba itu anda simpan. Jangan dibuang.
3. Kisar kering halba itu kemudian sapu rata pada kulit wajah.
4. Tekstur halba ini seperti playdoh. Tempek sahaja pada kulit wajah anda. Biarkan selama 15 minit kemudian basuh.
5. Pakai seminggu dua kali pun sudah mencukupi. Air halba ini juga elok jika disembur pada rambut. Biarkan 3-4 jam selepas itu baru basuh rambut. Kesannya rambut anda akan kelihatan bersinar-sinar dan berkilat.
HIJABISTA: Halba juga boleh diminum sebagai teh dengan cara merebusnya dan air rebusannya boleh dijadikan minuman. Untuk permulaan disarankan untuk menggunakan halba dalam dos minimum dan dipertingkatkan sedikit demi sedikit.
Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI