Limau kasturi secara saintifiknya dikenali sebagai citrus mircrocarpa. Buahnya lebih kerap digunakan ketika kulit masih hijau di bahagian luar. Limau kasturi yang turut dikenali dengan nama calamansi ini juga mempunyai banyak manfaat daripada segi perubatan dan baik untuk kesihatan.

Di sebalik rasa masam limau kasturi, banyak manfaatnya untuk kesihatan. Alangkah segarnya bila dapat minum limau kasturi ais bagi tujuan menyejukkan badan saat cuaca panas hari ini. Limau kasturi mempunyai aroma dan khasiatnya tersendiri. Selain dibuat perisa makanan, minuman dan sambal seperti jus, acar, jem dan jeruk ianya dipercayai mempunyai khasiat dari segi perubatan.

Photo by Any Lane from Pexels

Akar limau kasturi ada digunakan dalam ramuan sesetengah ubat periuk yang diminum oleh ibu lepas bersalin. Manakala buahnya boleh di buat sebagai jus bagi merawat badan berbau, batuk, keletihan akibat terlalu lama berada di tempat yang panas, panas badan dan sakit kerongkong.

IKLAN
Photo by Any Lane from Pexels

Antara cara penggunaan buah limau kasturi ialah dibuat jus. Campur dengan air dan sedikit madu lebah. Boleh diminum bagi merawat batuk dan sakit kerongkong.

Limau kasturi juga jika diamalkan selalu boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Caranya mudah sahaja. Ambil tiga biji limau kasturi. Kisar tanpa dicampur dengan air. Jus limau nipis juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Amalkan minum sebelum sarapan selama tiga hari berturut-turut dan anda boleh lihat kesannya.

IKLAN
Photo by Any Lane from Pexels

Bagi yang ada masalah panau, boleh rawat dengan mengambil 1 biji limau kasturi. Bahagian kulitnya sahaja dicecahkan dengan belerang sedikit dan gosokkan di bahagian kulit yang berpanau tersebut. Ulang langkah yang sama sehingga panau hilang. Cara ini juga boleh digunakan untuk penyakit kulit yang lain.

IKLAN

HIJABISTA: Limau kasturi mengandungi sifat antibakteria dan boleh membunuh bakteria penyebab bau badan. Gosok buah limau kasturi pada bahagian badan terutama bahagian ketiak atau anda boleh mandi air rendaman buah limau kasturi.

Sumber kredit: Suzy Honey Top image: Photo by Any Lane from Pexels Photo by Lars Hknudsen from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI