Mungkin ada yang masih samar-samar akan waktu yang betul pengambilan teh hijau bagi memastikan ia benar-benar berkesan untuk tubuh. Bagi mereka yang sedang dalam proses berdiet untuk menguruskan badan, pengambilan teh hijau ini dapat membantu usaha menurunkan berat badan.

Faedah teh hijau untuk kesihatan sememangnya sudah diketahui ramai. Selain ia bertindak sebagai antioksidan, minum teh hijau secara rutin boleh menurunkan berat badan ia juga  memecahkan kolesterol dan lemak buruk bagi memperbaiki kesihatan badan secara keseluruhan.

Tetapi adakah anda tahu bahawa minum teh hijau pada masa yang salah membuatkan anda tidak mendapat faedah? Menerusi kajian dari magforwomen.com, ini lima masa yang tepat untuk minum teh hijau.

MINUM TEH HIJAU KETIKA MAKAN JIKA PERTAMA KALI MINUM TEH HIJAU

Jika ini adalah kali pertama anda mencuba teh hijau, disarankan agar anda minum semasa makan. Minum teh hijau ketika perut kosong boleh menimbulkan ketidakselesaan perut bagi sesetengah orang (perut berangin).

IKLAN

SELEPAS SARAPAN PAGI

Elakkan minum teh hijau sebelum sarapan pagi. Sekurang-kurangnya minum teh hijau 30 minit selepas sarapan. Seeloknya minum teh hijau 30 hingga 35 minit sebelum atau selepas sarapan pagi.

SELEPAS MAKAN

IKLAN

Teh hijau boleh memberikan manfaat terbaik jika anda minum selepas makan. Terutamanya jika anda menambah jus lemon dalam teh hijau. Ia membantu mempercepatkan proses pencernaan. Elakkan minum teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1).

PADA SEBELAH PETANG HARI

IKLAN

Walaupun baik untuk kesihatan, tetapi jangan minum teh hijau pada waktu malam. Kerana ia boleh mengganggu corak tidur anda kerana kandungan kafein di dalamnya. Minum teh hijau pada waktu petang lebih sesuai. Pastinya jangan sesekali dicampur gula ya!

TIDAK MINUM DALAM KEADAAN PERUT KOSONG

Jangan sekali-kali minum teh hijau apabila perut anda kosong. Kerana ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan pencernaan anda.

Selain masa di atas, anda juga boleh minum teh hijau di udara panas atau sejuk. Apabila udara panas, maka minum teh hijau boleh menghidratkan badan anda dengan betul. Tetapi jika udara sejuk atau musim hujan, maka sistem imun anda akan meningkat kerana minum teh hijau.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI