Tidak dapat dinafikan penggunaan concealer boleh menjadi solusi agar kulit wajah nampak semulajadi. Namun penggunaannya haruslah tepat. Jika anda sering menggunakan concealer bagi menutup kekurangan pada wajah dan menginginkan sapuan tampak lebih semulajadi, anda perlu segera mengubah cara sapuan agar lebih berbeza.
Berikut tip menggunakan concealer dengan cara yang betul agar hasil solekan jadi lebih mantap!
1.PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN RONA KULIT
Teknik menggunakan concealer agar kelihatan natural dengan rona kulit wajah adalah dengan memilih rona dasar. Jika anda menggunakan concealer warna terang pada kulit yang lebih gelap, hasilnya kulit anda akan kelihatan kelabu.
2. BIARKAN SEKETIKA AGAR CONCEALER SEBATI DENGAN KULIT WAJAH SEBELUM LANGKAH SOLEKAN YANG SETERUSNYA
Beri waktu seketika selepas anda mengaplikasikan concealer. Ini kerana ia penting untuk mendapatkan hasil sapuan yang lebih kemas dan rata. Selain itu sela masa yang diberikan antara solekan memberi ‘peluang’ concealer melekat dengan lebih baik pada kulit. Cranya mudah sahaja. Biarkan concealer sekitar satu minit kemudian barulah mulakan langkah solekan yang seterusnya.
3. TAMBAHKAN WARNA YANG LEBIH TERANG HANYA PADA BAHAGIAN DALAM.
4. MENYATU DENGAN BAIK
Sama ada anda menggunakan jari, berus, atau span, hal terpenting yang harus diingat ketika mengaplikasikan concealer di bawah mata adalah dengan cara dap dap dan tidak menggosoknya. Car ini amat bantu untuk menyamarkan noda tanpa kehilangan coverage yang kemas dan rata.
5. SEGERA SAPUKAN LOOSE POWDER ATAU BEDAK DWI CARA