
Tidak dapat dinafikan penggunaan concealer boleh menjadi solusi agar kulit wajah nampak semulajadi. Namun penggunaannya haruslah tepat. Jika anda sering menggunakan concealer bagi menutup kekurangan pada wajah dan menginginkan sapuan tampak lebih semulajadi, anda perlu segera mengubah cara sapuan agar lebih berbeza.
Berikut tip menggunakan concealer dengan cara yang betul agar hasil solekan jadi lebih mantap!
1.PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN RONA KULIT
Teknik menggunakan concealer agar kelihatan natural dengan rona kulit wajah adalah dengan memilih rona dasar. Jika anda menggunakan concealer warna terang pada kulit yang lebih gelap, hasilnya kulit anda akan kelihatan kelabu.
2. BIARKAN SEKETIKA AGAR CONCEALER SEBATI DENGAN KULIT WAJAH SEBELUM LANGKAH SOLEKAN YANG SETERUSNYA
Beri waktu seketika selepas anda mengaplikasikan concealer. Ini kerana ia penting untuk mendapatkan hasil sapuan yang lebih kemas dan rata. Selain itu sela masa yang diberikan antara solekan memberi ‘peluang’ concealer melekat dengan lebih baik pada kulit. Cranya mudah sahaja. Biarkan concealer sekitar satu minit kemudian barulah mulakan langkah solekan yang seterusnya.
3. TAMBAHKAN WARNA YANG LEBIH TERANG HANYA PADA BAHAGIAN DALAM.
Jika anda tersalah beli concealer yang terlebih terang, jangan buang concealer itu dulu kerana ia boleh digunakan untuk tampilan “no-concealer” concealer. Anda boleh terapkan warna yang sedikit lebih terang daripada warna kulit pada bahagian dalam bawah mata, yang biasanya merupakan kawasan yangp aling gelap. Lapisi kembali dengan concealer rona yang senada.
4. MENYATU DENGAN BAIK
Sama ada anda menggunakan jari, berus, atau span, hal terpenting yang harus diingat ketika mengaplikasikan concealer di bawah mata adalah dengan cara dap dap dan tidak menggosoknya. Car ini amat bantu untuk menyamarkan noda tanpa kehilangan coverage yang kemas dan rata.
5. SEGERA SAPUKAN LOOSE POWDER ATAU BEDAK DWI CARA
Selepas mengaplikasi concealer dan dibiarkan selama lebih kurang satu minit, segera sapukan bedak dwi cara atau loose powder bagi ‘mengunci’ concealer pada wajah. Concealer yang dibiarkan begitu sahaja akan mula muncul garis-garis halus. Namun apa yang boleh dilakukan apabila keadaan ini terjadi ialah dengan cara menyapukan sedikit bedak dengan bantuan berus atau span untuk meratakan kembali garisan yang muncul pada wajah.
Face Mist Ini Tidak Akan Mencomotkan Tudung. #12 Harus Miliki Kerana Mampu Kekalkan Solekan

Face mist juga salah satu cara untuk kekalkan solekan dan tidak mengotorkan hijab. Face mist merupakan produk yang sesuai digunakan untuk menyegarkan kulit wajah yang kelihatan kering, kusam dan tidak bermaya akibat sinaran matahari.
Terdapat pelbagai jenis face mist yang berada di pasaran, jadi anda perlu mengetahui produk yang mana sesuai digunakan untuk kulit wajah dan sesuai dengan cuaca di Malaysia. Justeru itu, untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan, pemilihan face mist harus bersesuaian dengan keperluan kulit sendiri. Ini adalah antara face mist yang terbaik dan sesuai digunakan.
1. Eucerin Aquaporin Mist Spray – Face mist drugstore yang murah.

Kulit sangat memerlukan air untuk kelihatan lebih sihat dan face mist ini sangat sesuai untuk melembapkan kulit wajah serta membuatkan kulit kelihatan lebih mulus. Bukan itu sahaja, saiz face mist yang kecil ini mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ia mudah didapati dimana sahaja drugstore yang berhampiran dengan rumah anda serta online.
2. Nano White Fresh Miracle Mist – Face mist yang mengandungi vitamin C sesuai untuk kulit berminyak.
Produk ini mengandungi vitamin C yang sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit mahupun kulit berminyak. Katakan selamat tinggal untuk kulit kusam kerana kulit anda akan kelihatan lebih segar dan sihat dengan menggunakan face mist ini. Ia juga dapat mengurangkan masalah jerawat serta mencerahkan kulit.
3. Elianto Ex Moist Regenerating Face Mist – Face mist lidah buaya untuk kulit glowing.
Face mist ini mengandungi vitamin B3 dan lidah buaya yang dapat melembapkan lagi kulit wajah dan memberi keanjalan yang diidamkan. Bukan itu sahaja, formula produk ini direka khas untuk membuatkan kulit kelihatan lebih glowing. Jadi anda boleh peroleh kulit yang glowing dengan sekelip mata.
4. The Face Shop Argan Oil In Water Radiating Moisture Mist – Terbaik untuk kulit kering.
Bagi yang ada masalah kulit kering, face mist ini sangat sesuai digunakan oleh anda. Ini kerana face mist ini mengandungi argan oil yang dapat memberikan kelembapan pada wajah dan membuatkan kulit wajah nampak lebih sihat. Bukan itu sahaja, kulit wajah pasti lebih lembut seperti kain sutera.
5. DYXY Mineral Face Mist Green Tea – Face mist yang mempunyai vitamin E untuk kulit sensitif.

Face mist ini mencerahkan wajah dan mempunyai bau ekstrak teh hijau yang sangat wangi. Ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit dan sesuai digunakan bagi yang mempunyai kulit sensitif. Selain itu, face mist ini juga boleh digunakan sebagai makeup based dan ‘finishing spray’ untuk membuatkan makeup tahan lebih lama.
6. L’Oreal Paris UV Perfect Aqua Essence City Face Mist – Face mist yang mengandungi SPF.

Bagi yang sering terdedah kepada cahaya matahari, anda harus dapatkan face mist ini kerana ia mengandungi SPF 50. Face mist ini dapat melindungi kulit dari sinaran UV dan boleh digunakan selepas memakai makeup. Ia juga dapat melindungi kulit wajah dalam masa 12 jam.
7. Herbivore Botanicals Rose Hibiscus Hydrating Face Mist – Face mist air mawar yang sesuai untuk kulit berjerawat.

Diperbuat 100% daripada produk natural yang berasaskan tumbuhan dan bahan organik, face mist ini mengandungi air mawar yang dapat membantu mengurangkan jerawat dan masalah keradangan kulit. Selain itu, ia juga dapat menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata.
8. Bioaqua Fountain Spray Skin Antioxidant Water – Face mist dengan antioksidan yang dapat memutihkan kulit.
Zaman sekarang antioksidan sangat diperlukan untuk menangkal radikal bebas dari tubuh kita, termasuk wajah. Di dalam face mist dari Bioaqua ini selain antioksidan, terdapat juga formula untuk memutihkan, melembutkan, mengecilkan pori-pori, dan tentu saja menyegarkan wajah. Face mist ini dapat melindungi wajah Anda dari pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok. Selain itu juga dapat melindungi wajah dari pancaran sinar matahari dan dapat menyegarkan wajah. Sangat sesuai bagi mereka yang sentiasa berada di luar.
9. Kose Sekkisei Lotion Mist – Jerawat karena kulit kering? Tidak masalah!
Face mist ini dapat menghidrasi kulit dengan lembut kerana diperkaya dengan ekstrak tumbuhan oriental. Dibuat dengan tekstur yang halus, dapat melembapkan dan menjadikan kulit sebening salju. Produk ini dapat menyeimbangkan kadar air dalam kulit, sehingga dapat mencegah kekusaman, masalah-masalah kulit, bahkan jerawat yang timbulkan kerana kulit kering pun dapat diatasi. Kulit yang terpapar sinar matahari juga dapat dipulihkan dengan produk ini.
10. Avene Thermale Spring Water – Pemakaiannya praktis dan serbaguna.
Avene Thermale Spring Water ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit hingga kulit yang sensitif. Formulanya yang alami bahkan dapat menangani permasalan kulit seperti bekas luka, jerawat, dan banyak lagi. Produk ini juga dapat digunakan oleh semua orang, untuk bayi dapat digunakan saat pergantian lampin, untuk lelaki, produk ini juga dapat digunakan setelah bercukur dan untuk wanita dapat digunakan sebelum atau sesudah makeup!
Selain untuk wajah, produk ini juga boleh digunakan pada rambut yang kering dan susah diurus. Caranya dengan menyemburkan Avene Thermale Spring Water ini pada rambut, kemudian tunggu hingga hampir kering, dan sikat!
11. BERRY FACE MIST BY MIRA FILZAH – Ejen Anti penuaan.
Kandungan istimewa MORA Berry Mist yang mempunyai Ekstrak Strawberi bertindak sebagai ejen anti penuaan dan merawat “acne”. Kandungan antioksida yang tinggi dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran UV. Juga kaya dengan Vitamin C yang boleh membantu melembut dan mencerahkan kulit. Aloe Vera di dalam Face mist ini bertindak sebagai lapisan yang melindungi kulit, membantu merawat “sunburn”, dan membuatkan liang pori kekal bersih. Kandungan Kolagen membantu melembut dan menegangkan kembali kulit agar kelihatan muda remaja.
Ekstrak Bunga Matricaria, biasa digunakan dalam rawatan kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Mengandungi “flavaniods” yang mana membantu dalam merawat kemerahan/ruam dan rasa gatal pada kulit. Juga membantu melembapkab kulit yang kering.
12. TIAR ZAINAL BEAUTY PRIMER + TOONER HYDRATING FACEMIST
Lain pula facemist keluaran dari jurusolek terkenal Tiar Zainal ini, di mana primer dan facemist bergabung sekali. Istimewanya kandungan facemist TZB tidak mengandungi bahan kimia dan bebas dari wangian. Kandungan ‘witch hazel’ merupakan yang datangnya dari kulit kayu serta daun tumbuhan yang dikenali sebagai “Hamamelis virginiana“, dan tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Utara. Ia juga dapat mengatasi kulit kering bersisik dan kemerahan. Yang pastinya facemist ini menampakan effek muka sentiasa segar dan mengekalkan solekan.
Dengan menggunakan face mist pada siang hari, efektif untuk menyegarkan wajah dan melembapkan masalah kulit kering dalam sekali semburan. Jika anda yang bermasalah dengan kulit kering, Face mist dapat mebuatkan kulit anda lembap sepanjang hari!
Lelaki Ini Kongsi Miceller Water Ikut Kesesuaian Jenis Kulit Wajah, Lepas Ini Pasti Tak Salah Beli Lagi

Mungkin ramai yang sedar kewujudannya tetapi tidak tahu apa fungsinya, tak kurang juga ada yang langsung tidak tahu mengenai air itu.
Miceller Water atau air micellar sebenarnya adalah pembersih yang dihasilkan daripada micelle iaitu molekul kecil dicampur dengan air untuk membersihkan kekotoran di wajah disebabkan ia mempunyai satu komponen yang mampu memerangkap kotoran.
Fungsi miceller water memerangkap kekotoran dalam bentuk bulatan sebelum wajah dicuci. Namun tidak dapat dinafikan bahawa ada ramai yang mengalami ketidaksuaian dengan produk ini. Mungkin juga yang asal beli sahaja tanpa menyelidiki terlebih dahulu tentang kesesuaian dengan jenis kulit wajah.
Berikut perkongsian lelaki ini tentang pemilihan miceller water untuk jenis normal skin, dry skin, oily & acne, & sensitif skin. Jadi anda bolehlah cuba ikut kesuasian kulit. Yang penting no alcohol, no paraben dan no mineral oil.
.
.
.
.
Menurut Dr Alina Hasni, walaupun ada yang menyatakan wajah tidak perlu dibilas selepas penggunaannya, sebaik-baiknya bilas muka dengan air.
“Langkah itu dirasakan lebih sesuai dan berkesan kerana kulit wajah akan menjadi lebih bersih dan segar sebaik saja dicuci menggunakan air.
“Bagi saya, tidak salah menggunakan air micellar terutama individu yang memiliki kulit wajah normal kerana ia berperanan seperti pembersih dan penanggal solekan berasaskan air yang bersifat ringan serta selamat,” katanya.
Namun sekiranya pengguna mengalami sebarang kesan negatif pada wajah, Dr Alina Hasni menasihatkan supaya berhenti menggunakannya dan segera berjumpa doktor atau pakar kulit untuk pemeriksaan.
FUNGSI AIR MICELLAR
*Menyingkirkan kesan solekan lebih semula jadi
*Membersihkan kotoran yang melekat pada permukaan kulit wajah
*Membersihkan pori dengan lebih efektif supaya tidak tersumbat
*Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, bintik putih dan bintik hitam
*Menyingkirkan sel kulit mati. Ia secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel baharu
*Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori tidak tersumbat
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda memilih jenis miceller water yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda memilih micellar water yang tepat mengikut jenis kulit anda.
Sumber kredit: Hafiz Adham dan Harian Metro
Penampal Hidrokoloid Bantu Sembuhkan Jerawat, Pakar Cadang Guna Semalaman Untuk Hilangkan Noda

Pakar dermatologi mempertimbangkan pelekat jerawat terbaik, bagaimana ia boleh membantu jerawat dan cara mendapatkan hasil terbaik.
Apabila bergelut dengan jerawat, anda tahu bahawa mencari penyelesaian untuk jerawat boleh menjadi rumit. Jika anda telah mencuba setiap rawatan spot, serum, masker atau krim dan masih belum menghilangkan jerawat yang menjengkelkan, penyelesaian lain boleh membantu mempercepatkan. Inilah tugas penampal hidrokoloid untuk jerawat.
Anda mungkin pernah mendengar tentang pembalut hidrokoloid daripada lebih banyak tetapan perubatan (ia digunakan untuk menyembuhkan luka terbakar). Persis, pembalut hidrokoloid jerawat kerana ia dibuat dengan jenis bahan yang sama yang membantu kulit sembuh dengan cepat.
Walaupun semua produk berbeza-beza, kebanyakannya adalah kepingan kecil penampal hidrokoloid yang boleh muat dengan mudah di atas cela. Ada yang jelas, ada yang tidak (untuk kegunaan waktu malam), dan ada juga yang mempunyai jarum mikro yang menyuburkan noda dengan ubat jerawat. Sama ada cara, semuanya berfungsi pada asasnya dengan cara yang sama.
ARTIKEL BERKAITAN: 13 Penampal Ajaib Terbaik Untuk Menyembuhkan Dan Mengurangkan Jerawat, Menurut Ahli Dermatologi
Apakah yang dilakukan oleh penampal hidrokoloid?
Penampal hidrokoloid adalah pilihan yang bagus untuk lesi jerawat yang meradang, saran pakar. Dalam erti kata lain, jika jerawat anda merah atau meradang di permukaan, itu adalah jenis jerawat yang terbaik untuk dirawat dengan pelekat ini. Anda boleh menggunakan pembalut pada lesi jerawat yang timbul atau bintik putih dan jerawat kistik.
Pelekat ini mencipta halangan pelindung yang lebih kondusif untuk penyembuhan. Ia juga menghalang anda daripada memilih pada pelarian, yang pastinya tidak menjadikan keadaan lebih baik. Pelekat hidrokoloid menyimpan utusan penyembuhan badan anda sendiri dalam luka untuk mempercepatkan penyembuhan.
Bagaimana anda menggunakan pelekat jerawat hidrokoloid?
Untuk menggunakan pelekat, hanya bersihkan kawasan pada kulit dan sapukan pelekat, biarkan selama mungkin. Inilah sebabnya mengapa ia paling mudah digunakan pada waktu malam, walaupun ada yang “tidak kelihatan” dan anda boleh cuba menutupnya dengan solekan, atau apa sahaja yang anda rasa selesa.
Pakai pelekat selama 24-48 jam jika boleh, dan apabila ia jatuh dengan sendiri, bersihkan kawasan itu dengan sabun/pencuci lembut dan air. Tukarnya dengan lebih kerap sebenarnya boleh mengurangkan keberkesanan, jadi biarkan pembalut pada asalkan anda boleh untuk hasil yang terbaik. Di samping itu, anda boleh melangkau sapuan ubat lain kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah Jerawat Tumbuh Di Pipi, Ada Punca Yang Anda Tak Perasan
Tampalan jerawat hidrokoloid terbaik untuk dicuba
COSRX Acne Pimple Master Patch
Ruji dalam dunia K-beauty, tompok-tompok jerawat ini menyasarkan bintik putih, bintik hitam dan jerawat dalam semalam. Tompok mudah digunakan, terdapat dalam tiga saiz berbeza, dan jangan dicuci semasa mandi. Bahan aktif utama, gam selulosa, kopolimer blok stirena isoprena stirena, poliisobutilena.
Peter Thomas Roth Acne-Clear Invisible Dots
Dengan 0.5% asid salisilik, tompok jerawat berubat ini serta-merta mengurangkan rupa jerawat dan bintik hitam. Ia juga mengandungi asid hyaluronik, jadi kulit anda kekal lembap sambil melawan penampilan jerawat.
Nexcare Acne Blemish Cover
Pembalut hidrokoloid ini diperbuat daripada jenama pembalut, jadi anda boleh menjamin produk yang tahan lama. Setiap tampalan tidak berubat membantu menyerap lebihan minyak daripada cela dan menghalang anda daripada mengelupas pada kulit.
Dr. Jart+ Focuspot Blemish Micro Tip Patch
Setiap tampalan hujung mikro daripada Dr. Jart diselitkan dengan 65% asid hyaluronik, vitamin B3 dan peptida untuk membersihkan cela dan membantu mencegah parut. Jika anda mempunyai kulit sensitif, ini adalah pilihan yang lembut untuk dipertimbangkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.