Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
1. Berikan udara
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
Ads
2. Gantung menggunakan penyangkut baju
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
3. Sembur minyak wangi
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
Ads
4. Sabun buku
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
Ads
5. Serbuk Penaik
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
6. Minyak Essential
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berdiet bukanlah tugas yang mudah. Matlamat utama adalah hanya untuk mula makan makanan yang sihat, tetapi perkara yang sukar adalah untuk mengamalkan tabiat diet baru.
Untuk menjadikan proses kehilangan berat badan tambahan lebih mudah, 6 helah ini anda pasti tidak menjangkakan hasilnya.
Luangkan masa anda untuk membaca menu. Walaupun tempat yang anda kunjungi menjual hamburger dan makanan tidak sihat lain, pilih bahagian terkecil yang mereka ada (hamburger mini, popcorn junior, piza peribadi atau salad ringan). Menurut kajian, orang yang tidak memesan hidangan utama mereka sendiri cenderung untuk makan semua yang ada di atas meja walaupun mereka sudah kenyang.
Ideanya adalah untuk memberi tumpuan hanya pada pemikiran yang baik dan ulangi matlamat anda dengan cara yang positif seolah-olah ia adalah mantra anda. Contohnya: “Saya kehilangan setengah paun! Hebat bukan!” “Perlahan tetapi pasti!” “Saya boleh makan hanya bahagian yang saya ambil.” “Saya boleh katakan TIDAK kepada pencuci mulut.” Frasa optimis seperti itu akan membantu anda mencapai matlamat anda dengan sikap positif.
Apabila anda mula membuat perubahan dalam diet, anda biasanya mahu rakan dan keluarga membantu sepanjang laluan ini. Walau bagaimanapun, terbukti secara saintifik bahawa orang yang makan dalam kumpulan makan lebih banyak. Ini berlaku kerana anda menghabiskan lebih banyak masa di meja dan di samping itu, semasa bercakap dan ketawa anda tidak dapat mengawal berapa banyak yang anda telah makan.
Ini tidak bermakna anda perlu makan bersendirian sepanjang masa, tetapi cuba bawa ke meja hanya apa yang anda akan makan, bahagian peribadi, supaya anda sentiasa boleh menikmati perbualan yang baik tanpa perlu risau tentang jumlah yang anda makan.
Ini mungkin kedengaran agak pelik, tetapi sebenarnya telah terbukti bahawa menghidu makanan seperti epal, pudina atau pisang boleh menipu otak anda dan membuat ia percaya bahawa anda sedang makan. Satu kajian yang melibatkan 3,000 sukarelawan yang menghidu makanan ini ketika mereka lapar mendapati bahawa selera makan mereka berkurangan dan hasilnya tidak lama kemudian dicerminkan pada skala. Hebat?
Satu kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa warna biru mengurangkan selera makan. Jadi cuba beberapa perubahan seperti menghias meja anda dengan alas meja biru, tuala biru, pinggan biru dan cermin mata. Ini dipanggil psikologi warna dan terdapat warna yang sebenarnya merangsang selera makan anda. Tetapi biru akan melakukan sebaliknya untuk anda.
Anda mungkin akan mengatakan ia tidak masuk akal, tetapi fakta saintifik memastikan bahawa makan sambil melihat diri anda di cermin mengurangkan jumlah makanan yang anda makan kepada satu pertiga.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak semalam wanita cantik ini dihujani ucapan tahniah dari followernya. Ini gara-gara ucapan sweet suaminya yang mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Walaupun sepatutnya pengumuman dibuat setelah perut besar sedikit, tetapi nampaknya Norman Hakim tidak sabar menghebahkan berita yang tidak dijangka itu. Inilah dinamakan berkat ‘honeymoon’ sekali lagi setelah beberapa bulan majlis persandingan yang lalu.
Sebelum ini memang tular di media sosial betapa ‘sweet’nya cinta mereka. Masih inat lagi di mana Norman Hakim memberi kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki helikopter. Dan September lalu juga menyaksikan mereka bersanding sekali lagi dengan bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany.
Saat itu terpancar kebahagian keluarga ini. Majlis itu turut disambut dengan kehadiran anak-anak mereka (perkahwinan pertama) yang turut merestui majlis persandingan semula itu. Sememangnya keakraban hubungan keluarga ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat luar sana.
Walaupun pernah berlaku kontroversi sebelum itu,tetapi demi anak-anak semuanya sudah dilupakan. Malah hubungan mereka sekeluarga cukup rapat dengan usik mengusik antara satu sama lain.
Dan dua hari salu pastinya berita gembira buat Memey dan Norman Hakim dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga mereka. Nampaknya majlis persandingan semula mereka menjadi kerana dalam tempoh bulan madu itu, keduanya bakal dikurniakan zuriat lagi.
Patutlah sebelum itu kika dilihat di laman IGnya, Memey kelihata berseri-seri. Rupa-rupanya seri ibu mengandung. Dia yang sebelum ini tidak lagi berlakon, tetapi lebih senang menguruskan keluarga di rumah. Dalam masa sama, Memey juga turut mengusahakan butik dan dilantik menjadi duta kepada satu produk.
Walaupun tidak terbabit dalam dunia seni secara aktif, wanita cantik ini tetap sibuk dalam urusan seharian. Memey dilihat senang membesarkan dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah. Dia juga dilihat sangat rapat dengan Abby yang dipanggil kakak. Malah anak-anak Norman turut dianggap sebagai anaknya sendiri.
Ternyata hubungan Memey dan Abby memang cukup baik. Di mana ada Memey dan Norman di situlah juga aka nada Abby bersama suaminya. Gurau senda dan usik-mengusik antara mereka adalah ‘real’ dan yang bukan dibuat-buat.
Sebelum itu, mereka baru sahaja menyambut majlis Maulidur Rasul beserta sambutan hari jadi Abby dengan memanggil pelajar tahfiz di rumah mereka yang memang sebelum ini menjadi rutin bulanan dengan membaca Yasin.
Biarpun tidak berlakon tetapi penampilan Memey tetap dijaga sepenuhnya. Walaupun kadang-kadang foto dimuat turun tanpa mekap, wajahnya tetap cantik dan jelita. Dengan senyuman terpamer di bibirnya menampakkan sifat keibuan dalam dirinya.
Admin doakan kandungan Memey akan selamat hingga saat untuk melahirkan. Moga kehadiran bayi ini nanti memberi rezeki berlipat ganda buat pasangan ‘sweet’ ini.
Jom intai beberapa #OOTD Memey yang sedap mata memandang. Ternyata Memey cukup bijak bergaya dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah walaupun tampil sedikit stailo.
Lain orang lain kisah penghijrahannya. Ini kerana hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk berbeza. Begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau nama komersialnya Catriona Ross antara selebriti yang turut melakukan penghijrahan. Kisahnya sedikit unik kerana faktor sayangkan kos ‘hair extension’ menyebabkan dia belum terbuka hati untuk berhijrah. Menceritakan kisah penghijrahanya lima tahun lalu itu dalam laman sosial facebook Zayan FM dan ditonton hampir setengah juta pelayar medium ini.
Menurut Cat selepas dia mengalami kemalangan pada 2007, kira-kira 11 tahun lalu dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar setelah sembuh dari kemalangan ngeri berkenaan. Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu telah menyebabkan dia mengalami patah dua belah kaki, tangan kanan dan terpaksa berehat di atas selama katil.
“Pada tahun 2008 saya mula rasakan jiwa saya ketika itu sudah mula kosong. Rasa macam apa yang saya nak buat ini. Tetapi waktu itu saya sudah mula kembali kepada industri ini dan mula shooting semula. Dan alhamdulillah saya memang ada banyak projek.
“Ketika itu saya rasa Allah dah bagi jalan balik dan saya sudah merasakan diri saya cukup sempurna. Waktu itu saya sudah boleh berjalan dan boleh berlari balik. Saya terfikir ketika itu takkan nak pakai tudung sekarang memandangkan usia saya masih muda. Baru 26 tahun 27 tahun,” ceritanya tenang.
Menurut Cat ketika itu daripada mencari kekuatan untuk memakai tudung, dia memilih untuk pergi ke salun.
“Saya pergi salun dan tanya saya nak pakai ‘hair extension’ dan mahukan ia dari rambut semulajadi. Rambut semulajadi ini maknanya rambut yang berasal dari rambut manusia yang mereka potong dan sambung balik menjadi ‘hair extension’.
“Saya tak nak pakai yang sintetik sebab keras, tak cantik, payah nak jaga dan sebagainya. Jadi saya pun mula pakai ‘hair extension’ dan rambut tiba-tiba panjang sampai pinggang. Saya rasa penampilan sangat meletop ketika itu,” tambah ibu kepada tiga orang cahayamata ini.
Namun penghijrahan yang dilalui oleh Catriona bermula sedkit demi sedikit. Ketika itu sudah sampai satu tahap persoalan yang berlegar di fikirannya bagaimana kalau mahu bersolat.
“Saya fikir dengan rambut begitu bagaimana saya mahu solat. Saya bukan tak tahu hukum hakam agama mengenainya. Saya tahu tetapi untuk ‘mengenyangkan’ jiwa yang kosong ketika itu mungkin saya mahukan sesuatu yang baru untuk diri saya.
“Hampir setahun saya pakai ‘hair extension’. Dan sepanjang tempoh itu saya tahu kalau saya solat pun memang tidak akan sah dan tak akan diterima. ini kerana wuduk tak sampai dan sebagainya,” tambah Cat yang rancak bercerita tentang pengalaman ‘hair extension’ yang dipakainya.
Sepanjang memakainya memang Cat tidak nafikan dia mendapat pujian dari teman-temannya.
“Mereka puji rambut kita nampak sangat sihat, lebat dan panjang. Sudahlah harganya mahal. Bayangkan satu ‘extension’ berharga RM85 dan ada sebanyak 35 ‘extension’. Takkan saya nak buang macam itu saja.
“Dan saya anggap ini seperti satu perlawanan. Perlawanan tentang apa yang sebenarnya saya nak buat dengan hidup ini. Dengan keadaan sekeliling yang mana orang masa itu seakan-akan menyokong apa yang anda buat,” katanya.
Menurut Catt juga perbuatan dia membuat ‘hair extension’ turut mendapat perhatian ibunya.
“Tapi ibu saya memang tahu. Orang tua memang tahulah. Dia datang rumah dan saya nampak dia perhatikan rambut saya dan kata “Lebat lain macam rambut anak aku yer. Panjang sangat” Kemudian dia tanya saya “Dah sembahyang” Saya pandang dia dan nak jawab dah sembahyang memang tak buat pun,” jelasnya lagi.
Daripada situ sampai satu tahap Catriona rasa segalanya sudah cukup baginya. Dia mula buang semua itu (hair extension) dan cari kekuatan untuk memakai tudung.
“Saya mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat. Emak saya , emak mertua dan juga suami. Sampai suami saya tanya saya “Memang bersedia itu pakai macam ni?. Saya jawab ‘Betul dan pasti. Bila dia tanya “Macam mana nanti nak kerja” saya katakan pada suami, “Adalah itu rezeki Allah bagi,” katanya lagi.
Dia yang kini aktif semula di bidang seni setelah empat tahun menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Sebelum mengakhiri pengalaman hijrahnya, Cat turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berubah agar lakukan sahaja.
“Siapa yang ingin berubah, lakukan sahaja. Sebab kalau kita fikir silap langkah kita mungkin akan tangguh benda itu. Jadi jangan tangguh benda itu dan buat saja. Tapi cari rakan-rakan positif yang boleh kuatkan jiwa anda,” jelasnya lagi.