Bagi yang bekerja di pejabat, waktu makan tengahari adalah peluang untuk meringankan fikiran sambil menjamu selera bersama rakan-rakan. Lokasi tempat makan yang selesa serta menu yang enak menjadi pilihan.

Tempoh satu jam untuk berehat digunakan sebaik mungkin. Makan-makan sambil berbual-bual bersama rakan sekerja umpama satu terapi selepas berhempas pulas bekerja dari pagi hingga ke tengahari.

Selalunya ramai akan mengambil sajian yang berat pada waktu makan tengahari. Apabila perut sudah kenyang, mata mulalah layu. Memang kebiasaannya begitulah yang berlaku apabila perut sudah dipenuhi makanan.

Mengapakah kita rasa mengantuk selepas makan? Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar

Lepas Makan Mesti Rasa Mengantuk Bukan? Doktor Ini Jelaskan Puncanya
Photo by Marcus Aurelius from Pexels

Pernah tak alami rasa mengantuk selepas makan? Kenapa pula selepas makan rasa mengantuk? Biasanya orang akan kata sebab karbo tinggi. Betul ke salah pendapat ini?
Saya teruja bila ditanya soalan ni. Bukannya apa soalan begini beri ruang untuk kita lihat apa yang berlaku dalam otak manusia.

Ads

Untuk bincang detail jom lihat apa yang disebut oleh kajian. Paling menarik satu kajian dari University of Manchester. Kajian ni diterbitkan di jurnal Neuron pada tahun 2006.
Dalam kajian ini, saintis dapati lepas makan ada neuron yang di TURN OFF. Menarik bukan?

Maksudnya neuron yang sepatutnya bagi kita sedar dan berjaga ditutup. Macam kita padamkan lampu. OFF terus. Bila lampu padam gelaplah jadinya. Bila neuron ini di off maka button berjaga sudah ditutup. Seolah suis button tidur ditekan.

Lepas Makan Mesti Rasa Mengantuk Bukan? Doktor Ini Jelaskan Puncanya
Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Apa yang lagi menarik ialah pengkaji berjaya jumpa punca kepada off nya neuron ini. Mereka dapati gula dari makanan boleh hentikan sel otak dari keluarkan signal bagi kita berjaga. Tidak ada signal berjaga maksudnya signal tidur yang ON.

Ads

Dalam penerangan yang detail pengkaji kata gula dari makanan halang neuron dari keluarkan orexins. Orexins ini ialah protein kecil yang penting untuk kawal consciousness manusia. Bila tidak ada conscious yang muncul ialah unconscious. Pertukaran dua aspek ini macam pertukaran malam dan siang. Silih berganti.

Ada satu penyakit tidur bernama Narcolepsy. Penyakit ini ialah serangan tidur yang mendadak. Rasa mengantuk bersangatan. Sampai orang boleh terlena masa bersembang. Terlena semasa sedang bermesyurat. Apabila orexins tidak berfungsi, muncullah narcolepsy.

Lepas Makan Mesti Rasa Mengantuk Bukan? Doktor Ini Jelaskan Puncanya
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Apabila orexins tidak berfungsi, seseorang tu terkena obesiti, gangguan pada pembelajaran, jadikan seseorang ketagih dan sentiasa focus pada aspe reward seeking dalam kehidupan.

Ads

Disebalik neuron yang OFF bila lepas makan, ada cerita lain pula. Ceritanya ialah kenapa susah tidur bila lapar? Jawapannya mudah sahaja. Sebab suis ON untuk tidur masih lagi pada mode OFF. Sebab itulah susah hendak tidur.

Jadi jika hendak tidur nyenyak, pastikan perut tidak berkeroncong. Bukan juga bermaksud makan dan selepas itu tidur. Tidur selepas 4 jam makan. Tubuh perlu masa untuk proses makanan yang diambil.

HIJABISTA: Agar tubuh kekal cergas dan bertenaga, amalkan bersenam setiap hari. Jika terlalu sibuk, 30 minit setiap hari pun sudah memadai. 

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI