Lepas Isteri, Anak Pula Meninggal Lepas Bersalin. Penjaga Gol N.9 Luah Rindu Di IG Buat Netizen Sedih

Share

Jika selama ini orang yang kita sayang ada depan mata. Tapi dapat tak bayangkan jika insan yang selama ini ibarat tidur sebantal makan sepinggan dengan kita tiada di sisi buat selama-lamanya.  Inilah yang dialami oleh penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin berdepan saat getir apabila kehilangan isteri dan anaknya. Isteri pemain bola sepak berusia 27 tahun ini meninggal selepas melahirkan anak mereka.

Malah dua hari selepas itu pula anak mereka pula meninggal disebabkan masalah kompilkasi. Perasaan rindu terhadap insan tersayang ini diluahkan menerusi insta story yang mengundang sedih di hati netizen.

Menurut Kaharuddin ketika dia sedang memejam mata, sedang makan, bangun tidur, lihat anak pertama mereka pasti akan ternampak bayangan isterinya.

Ternyata perasaan rindu itu tiada penghujungnya, walaupun dia sebenarnya reda dan mendoakan arwah bahagia di sana bersama anak mereka yang dinamakan Sumayyah. Dia juga berharap akan dapat sama-sama bersama isterinya itu nanti apabila dijemput Illahi satu hari nanti.

Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada yang memberi nasihat dan menitipkan doa buat keluarga kecilnya.

Ternyata kejadian ini turut mengundang simpati netizen. Rata-rata mengucapkan tahniah dan turut berasa sedih dengan kegilangan dua insan kesayangannya.

Berita ini disampaikan menerusi akaun twitter Persatuan pemain Bola Sepak yang telah muat turun tweet dengan mengucapkan takziah kepada Kaharuddin dan mendoakan beliau tabah menempuh dugaan.

 

IKLAN