Sejak mengambil keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2011, pelakon Diana Amir memang cukup istiqomah dengan penghijrahannya. Dia yang mendapat mimpi mengenai kiamat hingga menyebabkan dirinya telah berhijrah dari zaman sebelumnya itu. Walaupun sudah berhijrah, namun aktiviti dalam dunia seni tetap diteruskan. Cuma buat masa ini ibu kepada dua cahaya mata ini lebih selesa membuat bidang pengacaraan yang cukup sebati pada dirinya.
Namun bagi Diana mengakui malu untuk melihat dirinya pada zaman dahulu. Justeru dia berharap agar stesen televisyen mempertimbangkan untuk tidak mengulang siar filem lama lakonannya ketika zaman belum bertudung.
Menurutnya dia malu untuk meligat semula dirinya pada zaman yang memang cuba untuk dilupakan. Malah ada juga peminat baharunya terkejut melihat penampilan Diana pada lakonan di kaca televisyen. Tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa.
Diana yang juga merupakan Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 jika dilihat sering memberi ingatan atau nasihat yang berguna kepada peminatnya. Menyedari kekhilafannya yang dulu, dia menebus dengan cara yang dirasakan terbaik untuk dirinya.
Malah, penampilan Diana juga sejak berhijrah sedap mata memandang. Dia cukup selesa menggayakan hijab labuh dan pakaian longgar yang menepati ciri-ciri wanita Muslimah. Ada kalanya tampil stailo tetapi masih lagi menjaga batas aurat yang sepatutnya.
Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai rutin penjagaan gigi , mengapa tidak mendapatkan jawapan anda terus dari seorang pakar?
Jawapan pakar ini yang di petik dari artikel laman wikiHow membantu anda mengatasi kegelisahan mengenai rawatan pergigian. Cadangan pakar mengenai cara memilih ubat gigi dan berus gigi yang sesuai untuk anda, supaya anda dapat merawat gigi dengan cara yang terbaik.
Ubat gigi dengan kandungan fluorida terbaik untuk anda. Fluorida tidak akan memperbaiki rongga yang sudah anda miliki, tetapi ia akan membantu mengelakkan rongga masa depan dan menjaga gigi kelihatan bersih. Pilih sahaja dengan citarasa yang anda suka.
Kebanyakan individu boleh menggunakan ubat gigi fluorida, tetapi jika anda yang mempunyai alergi terhadap pengawet pada ubat gigi tertentu dan terasa ada reaksi buruk terhadap ubat gigi tertentu, cubalah sesuatu yang berbeza.
Pakar menyarankan ubat gigi fluorida yang direka untuk gigi sensitif. Sensodyne dan Pronamel adalah pilihan yang baik yang banyak digunakan oleh individu yang mengalami gigi yang sensitif.
Perlu diingat juga bahawa gigi anda mungkin menjadi lebih sensitif seiring bertambahnya usia. Sekiranya anda menyedari gigi terasa terganggu ketika memberus dengan ubat gigi biasa, mungkin sudah tiba masanya untuk menukarnya.
Gigi Sensitif: Ubat gigi Crest Pro Health Advanced Deep Clean
Crest adalah salah satu jenama yang paling dipercayai dalam ubat gigi dengan pilihan yang begitu luas sehingga sesiapa sahaja akan sukar untuk memilih. Ubat gigi ini menyelesaikan pelbagai masalah termasuk rongga, gingivitis, plak, kepekaan, noda, dan bau mulut.
Boleh beli di sini:
Pemutih terbaik: Ubat gigi Colgate Optic White Renewal Teeth Whitening
Colgate Optic White ubat gigi pemutihan harian. Pes yang sedap dimuatkan dengan hidrogen peroksida 3%, lebih banyak daripada jenama lain di pasaran. Hasil pencerahan dilihat dengan serta-merta dan keputihan itu membuahkan hasil dari masa ke masa. Dos fluorida yang baik untuk memerangi kepekaan noda semakin pudar. Dianugerahkan Seal of Approval oleh American Dental Association untuk kategori pemutihan.
Jenama penjagaan mulut yang mesra alam ini merancang keseluruhan koleksi arang. Ubat gigi yang sedap ini memberi anda nafas segar, pemutihan semula jadi, penyingkiran plak dan A + dalam kesihatan mulut secara keseluruhan. Bercakap tentang beberapa prestasi yang luar biasa untuk ubat gigi semula jadi yang murah. Produk ini menggunakan bahan detoksifikasi semula jadi dan bahan pengurang bau untuk mengelakkan gingivitis dan halitosis, sambil membersihkan putih mutiara.
Boleh beli di sini:
Tidak ada salahnya menggunakan berus gigi biasa. Berus gigi elektrik pastinya lebih senang dan akan menjadikan anda lebih mudah, tetapi berus gigi biasa biasa akan berfungsi dengan baik selagi teknik memberus anda betul. Sekiranya anda tidak terlalu teliti semasa memberus, mungkin versi elektrik adalah yang terbaik.
Anda juga perlu membeli berus gigi elektrik jika mempunyai sakit sendi, seperti artritis, atau jika anda mempunyai anak kecil yang tidak mempunyai kemampuan untuk memberus dengan betul.
Berus yang lembut atau lebih lembut! Bulu yang lebih keras pasti lebih kasar, jadi anda perlu membeli berus yang lebih lembut yang akan lebih lembut pada enamel.
Perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 minit dua kali sehari. Sekiranya anda tidak dapat menggosok gigi untuk jangka masa yang lebih lama, cari berus gigi elektrik. Cari berus gigi elektrik yang mempunyai tempoh 2 minit dan akan berhenti secara automatik.
Berus gigi terbaik dengan sensor tekanan – Oral-B PRO 2000 Cross Action Electric Powered By Braun
Ciri terbaik berus gigi ini adalah sensor tekanannya. Sensor tekanan menyala ketika anda memberus terlalu kuat. Ini menyebabkan kesakitan dan pendarahan pada gusi. Dalam jangka masa panjang, bahkan boleh menyebabkan kemelesetan gusi. Berus gigi ini juga menawarkan 2 mod memberus gigi: penjagaan bersih dan gusi setiap hari.
Boleh Beli Di Sini:
Berus gigi terbaik dengan pencuci lidah: Oral-B Easy Clean & Sensitive Care
Berus gigi Oral-B yang mudah membersihkan gigi, gusi dan lidah sama sekali! Bulu bulatnya sangat lembut pada gusi dan direka untuk membersihkan gigi di antara. Tambahan lagi, pembersih lidah yang dibentuk membantu menyegarkan nafas untuk rasa yang lebih bersih selepas setiap pembersihan.
Boleh Beli Di Sini:
Berus gigi terbaik untuk kanak-kanak: Pigeon- Baby Training Toothbrush
Berus gigi latihan bayi Pigeon dibuat dari bulu nilon halus yang jauh lebih lembut daripada sikat gigi orang dewasa. Berus gigi bebas BPA ini berguna untuk melatih anak-anak untuk berlatih memberus gigi geraham dengan betul. Bahagian hujung pemegang yang luas juga menunjukkan seberapa dalam berus gigi dimasukkan sementara reka bentuk pemegang rata menghalang gulungan berus gigi di tangan bayi anda.
Boleh Beli Di Sini:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Allah menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran. Tentunya pahala lebih besar jika anda menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian.
Di dalam Al-Quran, terkandung surah Al-Mulk iaitu surah ke-67 di dalam Al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan. Secara umumnya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)
Surah Al-Mulk ternyata punya manfaat dan kelebihan bagi individu yang mengamalkannya. Antaranya ialah:
1. Dilindungi daripada azab kubur
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Surah Al-Mulk itu memelihara dan melindungi pembacanya daripada azab kubur.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur.”
2. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”
3. Diberi wajah yang berseri seperti nabi Yusuf
Sayyidina Ali berkata:
“Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."
4. Disayangi orang sekeliling
Ulama berkata:
“Sesungguhnya surah yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Allahuakbar, begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya. Jadi mulai hari ini, jom kita rebut pahala dengan membacanya sebelum tidur.
Sumber kredit: Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malaysia merupakan negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, malah kepelbagaian makanan di Malaysia menjadikkanya antara negara terunik di dunia.
Menariknya, makanan di Malaysia merupakan medium yang menyatukan masyarakat di sini. Antara yang popular sudah pastilah Nasi Lemak dan Roti Canai yang sering menjadi pilihan utama sarapan pagi.
Tahukah anda? Mulai September 2022 roti canai telah dinobatkan sebagai ‘Makanan Jalanan Terbaik Dunia’, manakala snek jalanan popular di Korea, Tteokbokki disenaraikan ditangga ke 50 oleh Taste Atlas.
Doh roti canai dibuat menggunakan beberapa bahan mudah seperti tepung, telur dan minyak sapi. Sebelum ianya diuli dan ditebar membentuk roti canai, kemudian digoreng diatas kuali leper berminyak.
Roti Canai selalunya dinikmati bersama kuah dhal sebagai pencicah yang melengkapkan hidangannya.
Siapa sangka, Roti Canai yang dibuat menggunakan bahan mesra dapur ini, akhirnya dinobatkan sebagai juara ‘street food’ sehingga mengundang rasa teruja masyarakat Malaysia.
Untuk rekod, resipi roti canai berasal dari India dan dibawa masuk ke Malaysia oleh buruh yang bekerja dan bermastautin di negara ini.
Berita baik ini mendapat pelbagai respon dari masyarakat di Malaysia, ini antara komen yang ditinggalkan sebaik sahaja rakyat Malaysia mendengar perkhabaran tersebut.
Bagaimanapun kebimbangan yang ditimbulkan berkenaan “tuntutan hak cipta” itu hanyalah sekadar jenaka semata-mata.
Hijabista turut berbangga dengan pencapaian ini, kerana keenakan roti canai yang menjadi kegemaran ramai memang layak dinobatkan sebagai juara.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.