Parut jerawat yang meninggalkan tompok hitam membuatkan keseluruhan wajah kita menjadi tidak sempurna. Bukan itu sahaja, malah ia mengambil masa yang lama untuk melenyapkan tompok hitam itu.

Sumber gambar: Tiege Hanley

Jangan tersalah memilih produk untuk menghilangkan parut jerawat kerana risau warna hitam itu akan menjadi lebih kuat dan lagi susah untuk ditanggalkan! Ha! Apa kata kamu cuba mengamalkan teknik tradisional ini untuk menghilangkan parut hitam di wajah.

1. ALOE VERA

Sumber gambar: Exporters India

Alore vera bukan sahaja dipercayai boleh mengecutkan jerawat malah aloe vera juga merupakan sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya.

Bukan itu sahaja, malah aloe vera juga dipercayau tidak memudaratkan kulit kerana ia mengandungi bahan alergenik yang pastinya tidak mendatangkan kesan sampingan.

Caranya: Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.

2. SODA PENAIK

IKLAN
Sumber gambar: iproperty

Ha! jangan terkejut ya sis! ’Baking soda’ atau soda penaik bukan sahaja digunakan dalam membuat kek tetapi ia juga boleh digunakan dalam aspek kecantikan terutamanya untuk menghilangkan parut hitam. 

Oleh kerana ia mengandungi kristal sodium berkarbonat yang dapat memudarkan parut serta memperbaharui kulit menjadikannya lebih muda remaja, maka ia dilihat sebagai salah satu bahan terbaik!

Caranya: Campurkan 2-3 sudu teh soda penaik dengan air suam. Sapukan pes ini pada bahagian berjerawat selama beberapa minit sebelum dibilas.

3. TIMUN

IKLAN
Sumber gambar: Sio Beauty

Tahukah kamu, sebenarnya timun kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.

4. MADU ASLI

Sumber gambar: Klikdokter

Madu asli antara bahan semula jadi terbaik yang dapat dijadikan penawar untuk menghilangkan parut jerawat! Ia berfungsi sebagai pelembap semulajadi pelbagai guna dan penawar kepada bermacam-macam masalah.Seeloknya, dapatkan madu asli yang organik.

IKLAN

Caranya: Sapukan pada bekas jerawat. Biarkan sehingga kering dan meresap ke dalam kulit.

Untuk menambah keberkesanan, tambahkan 1 sudu teh serbuk kayu manis bagi setiap 2 sudu besar madu tersebut.

5. MINYAK ZAITUN

Sumber gambar: Columbia Asia

Minyak zaitun adalah bahan mesra-kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan.

Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Caranya: Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan. Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam. Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama 1-2 minit sebelum membilasnya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI