Mempunyai kulit kusam memang beri masalah pada kaum wanita. Bukan sahaja membuatkan penampilan kurang menarik tetapi juga boleh menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan diri rasa kekurangan. Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membantu masalah kulit kusam dan tidak berseri ini. Sama ada melalui rawatan cara alami ataupun menggunakan teknik moden. HIJABISTA kongsikan beberapa perkara harus dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

1. Guna Pelembap

Amalkan menyapu pelembap kulit setiap hari. Memandangkan banyak produk pelembap di pasaran, disarankan agar berjumpa pakar kulit terlebih dahulu sebelum memilih yang sesuai dengan anda. Lebih elok juga pakai sebelum tidur supaya kulit kekal lembap dan tidak kusam.

Digalakkan juga pakai pelembap sebelum tidur.

2. Banyakan Pengambilan Sayur-sayuran & Buah-buahan

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandugi beta karoten yang boleh mempercepatkan proses kelembapan kulit. Dan dalam masa sama, ia membuangkan toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam.

Pengambilan buah-buahan secara konsisten.

3. Banyakan Minum Air

Pengambilan air yang mencukupi juga amat penting untuk pastikan kulit kelihatan berseri. Jika kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.

IKLAN
Minum air secukupnya.

4. Lakukan Senaman

Jangan lupa untuk melakukan senaman yang paling mudah dan senang untuk diikuti. Apa yang penting ia boleh mengeluarkan peluh. Apabila tubuh sihat, tubuh badan kembali bertenaga. Sudah pasti segala kerja akan dilakukan dengan penuh bersemangat dan tahap konfiden anda juga pasti meningkat.

5. Sentiasa Memakai Pelindung UV

Mengikut pakar kecantikan di SPA, mereka menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam ofis. Jadi, adik-adik cantik janganlah rasa tak perlu pakai pelindung UV jika bekerja sehari suntuk di dalam ofis ya. Penting tu!

IKLAN
Jangan lupa pakai pelindung UV bila keluar rumah.

6. Rajin Pakai Masker

Rajin-rajinkanlah diri untuk memakai masker. Disarankan memakai masker sekurang-kurangnya 2 hingga 3x seminggu untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Jika anda rajin, boleh gunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja seperti tomato, yogurt, lemon dan putih telur. Lebih jimat dan selamat.

Boleh juga buat DIY masker.

7. Hindari Stress

Elakkan stress kerana stress boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Rehatkan minda dengan melakukan aktiviti riadah atau berehat santai untuk mengelakkan stress. Di zaman ini memang normal jika kita stress tetapi cara kita kawal dan kurangkan stress itu adalah paling penting.

IKLAN

8. Sentiasa Pastikan 2 Produk Ajaib Ini Dalam Beg

Penggunaan barangan Nanowhite memang baik untuk memulihkan wajah cela dan tidak kusam.

Paling penting untuk memastikan kulit tidak kusam dan lebih berseri pastikan ada dua produk yang paling bagus unuk hijabi. Seperti perkongsian 3 hijabi yang cantik dan juga bijak ini, Nurul Naqibah, Nurul Nabilah dan Fatihah. Produk Nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream dan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum. Penggunaan produk Nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream dan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum akan menjadikan wajah semakin cerah.

Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

Malah kehadiran bintik-bintik hitam pada wajah juga semakin pudar. Tona kulit pula menjadi lebih sekata, licin, lembap dan berseri. Begitu juga sesuai sekali digunakan kepada mereka yang mempunyai kesan parut jerawat yang akan hilang beberapa setelah menggunakannya.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI