Memiliki lengan yang besar dan lembik boleh menjejaskan keseluruhan penampilan dan keyakinan diri. Rasa malu apabila lengan besar mengalahkan paha!

Sumber gambar: Darina

Usah risau, ayuh lakukan jenis senaman ini yang mampu untuk mengecilkan lengan anda. Mudah dan ringkas! Hanya perlukan dua dumbel yang ringan. Perlu diingatkan, jika pemilihan dumbel anda berat, ia akan membesarkan otot lengan!

Sumber gambar: Women Talk

a.Bengkokkan kedua belah lengan dan pegang dumbel dan letakkan ke atas bahu kemudian gerakkan badan ke kiri dan kanan.

b. Easy boxing – Rapatkan kedua siku dan buat gerakan boxing sambil lutut di bengkokkan sedikit. Pastikan kedua lengan rapat supaya otot mudah mengetat.

c. Gerakkan kedua-dua lengan bengkok ke sisi kemudian luruskan  ke atas.

d. Posisi yang sama iaitu kedua lengan bengkok ke sisi tetapi kali ini tarik ke tengah (hadapan).

IKLAN

e. Posisi V – Pastikan belakang badan lurus, bengkokkan sedikit lutut dan rehatkan bahu anda. Turunkan tangan dan angkat kedua tangan ke atas seperti ayunan huruf V.

Sumber gambar: Trainer Josh

f. Bengkokkan kedua siku ke hadapan dan tangan ke belakang, kemudian angkat kedua dumbel serentak 90 darjah ke atas (ulangi pergerakan 30 saat).

g. Alihkan kedua tangan ke hadapan, pusingkan tapak tangan menghala ke bawah dan buat ayunan dari atas ke bawah parah 90 darjah juga selama 30 saat.

IKLAN

h. Depakan lengan, ayunkan lengan ke atas dan ke bawah (hingga jatuh ke sisi).

i. Depakan lengan, bengkokkan siku ke atas dan ke bawah.

Sumber gambar: Anna

j. Rapatkan kedua belah tangan ke sisi, pusing tapak tangan menghala ke atas dan ayunkan lengan ke atas dan ke bawah (90 darjah).

IKLAN

k. Tolak lengan ke belakang, tapak tangan menghala ke atas dan mengenjut selama 20 saat.

l. Depakan lengan dan buat gerakan bulatan kecil.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI