Kulit wajah yang kasar menjadi salah satu faktor mengapa kemasan solekan tidak sekata dan nampak natural. Terdapat pelbagai penyebab kulit wajah yang menjadi kasar antaranya kerap terdedah kepada pencemaran dan debu yang menyebabkan kulit menjadi kering sehingga mengelupas dan kasar.
Selain itu, parut jerawat antara sebab mengapa kulit wajah menjadi kasar. Keadaan ini tentunya memberikan rasa tidak selesa pada mereka yang mengalaminya. Maka sebab itulah ada yang sanggup melakukan berbagai cara untuk memulihkan kembali kulit wajah yang kasar.
Selalunya ramai yang memilih cara rawatan moden dan tidak kurang juga mereka yang memilih cara perawatan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan selamat, anda boleh mencuba cara melicinkan kulit wajah yang kasar dengan cara semula jadi seperti yang dikongsikan ini.
MASKER AVOKADO DAN MADU
Avokado sangat bagus untuk melindungi kulit dari kedutan dan tanda-tanda penuaan pramatang. Hal ini kerana avokado mengandungi banyak karotenoid anti-oksidan, vitamin E dan vitamin C. Vitamin E amat penting untuk membantu mencegah gejala awal penuaan disebabkan pendedahan berlebihan kepada sinar matahari. Sementara itu, vitamin C adalah zat yang diperlukan sebagai kolagen agar kulit tetap anjal dan licin.
Cara menghaluskan kulit wajah yang kasar menggnakan avokado dan madu ialah dengan mencampurkan setengah biji isi buah avokado dengan 2 sudu makan madu. Gaulkan rata dan kemudian sapukan pada kulit wajah. Amalkan selalu, hasilnya kulit yang kasar akan kembali halus dan mulus.
MASKER TIMUN
Timun kaya dengan mineral dan vitamin yang penting bagi mengekalkan kulit wajah agar kulit wajah sentiasa segar dan tidak kelihatan kusam. Timun juga berfungsi untuk menghalang pigmentasi kulit, menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, dan juga menghaluskan kulit wajah.
Cara melicinkan wajah secara semula jadi menggunakan timun ialah dengan cara memarut timun dan kemudian sapukan pada seluruh seluruh wajah. Biarkan selama 30 minit kemudian basuh menggunakan air bersih. Amalkan seminggu dua atau tiga kali.
Melakukan pengelupasan ringan atau eksfoliasi menjadikan kulit anda lebih halus dan berseri kerana sel-sel kulit mati diangkat daripada permukaan kulit. Ia juga kaedah terbaik untuk menghilangkan kotoran, minyak, dan solekan yang boleh menyumbat liang-liang pori kulit wajah.
Berikut dikongsikan juga cara skrub menggunakan bahan-bahan semula jadi. Bahan-bahan ini sememangnya ada di dapur rumah anda. Memang sangat mudah dan praktikal untuk diamalkan!
SKRUB KOPI DAN GULA
Kopi dan gula adalah bahan semula jadi yang boleh anda gunakan sebagai skrub agar sel kulit mati pada kulit wajah terangkat sehingga wajah menjadi halus dan mulus. Cara menggunakan kopi dan gula untuk menghaluskan kulit wajah ialah dengan mencampurkan dua sudu besar serbuk kopi yang dicairkan di dalam air. Kemudian masukkan satu sudu besar gula.
Sebelum menggunakan skrub pada kulit wajah anda, jangan lupa bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Gosokkan skrub secara merata pada kulit wajah anda. Lakukan pergerakan menggosok wajah selama satu minit sehingga sel-sel kulit mati diangkat dengan sempurna.
SKRUB TOMATO DAN KOPI
Penggunaan tomato untuk merawat kulit wajah yang kasar adalah baik kerana adanya sebatian anti-oksidan seperti lycopene yang terdapat pada tomato. Ia terbukti dapat mengelakkan radikal bebas agar wajah cerah, berseri, tidak berminyak, dan menghaluskan kulit wajah.
Tomato juga boleh menjadi pelindung matahari semula jadi untuk mengurangkan kerosakan UV. Cara menggunakan tomato dan kopi untuk menghaluskan kulit wajah dengan mencampurkan tomato yang dilenyek bersama dua sudu besar serbuk kopi.
Teksturnya seperti pes. Gosokkan skrub secara merata pada seluruh kulit wajah. Lakukan gerakan menggosok selama satu minit sehingga sel-sel kulit mati dapat dikeluarkan sepenuhnya. Boleh diamalkan seminggu sekali atau dua kali.
Sekiranya anda mempunyai kulit kering atau berminyak, pelembap sangat penting untuk menyeimbangkan pengeluaran sebum pada kulit wajah. Ia juga mencegah kulit wajah daripada mengalami bintik-bintik hitam selain menjadikan kulit wajah sentiasa lembab dan lembut. Jadi pastikan anda sentiasa memakai pelembap wajah serta minum air secukupnya bagi mendapatkan kulit yang sihat dan berseri.
HIJABISTA: Dengan senaman yang teratur, secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan keradangan, mengatur hormon penting pada kulit, dan mencegah kerosakan radikal bebas. Selain itu, berpeluh juga merupakan kaedah yang baik untuk membersihkan liang pori.
Sumber kredit: Top image: Photo by x ) on Unsplash
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI