Senaman ‘Jumping jack’ adalah salah satu jenis senaman yang amat mudah dilakukan namun begitu berkesan untuk menurunkan berat badan dan membina otot.

Gerakannya yang sederhana dan ringkas seperti melompat sambil membuka tangan dan kaki memfokuskan kepada pembakaran kalori di bahagian perut, lengan dan kaki. Bukan itu sahaja malah, senaman ini mampu untuk menguatkan kesihatan jantung, paru-paru serta otot badan dalam satu masa yang sama.

Senaman ‘jumping jack’ yang juga dikenali sebagai ‘star jump’ ini juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja termasuklah di dalam rumah serta di kawasan pejabat! Jadi, tidak ada alasan untuk anda tidak bersenam!

Sumber gambar: Well and good

Antara kelebihan ‘jumping jack’ yang perlu anda tahu adalah:

  1. Menurunkan berat badan

Senaman ‘jumping jack’ ini membantu untuk membakar kalori yang tinggi.Memberi tahap bebanan yang tinggi pada bahagian perut dan paha terutamanya (kawasan lemak degil), senaman ini antara pilihan utama yang wajib dilakukan untuk mereka yang mengalami masalah berat badan. Lakukan sebanyak 3 set setiap hari. Pastikan setiap set merangkumi 50 kali pengulangan untuk hasil yang menarik!

IKLAN

2. Menjaga kesihatan jantung

Senaman ini dikenali sebagai salah latihan kardio aerobik. Maksudnya, apabila anda melakukan senaman ini, penggunaan oksigen yang maksimum amat diperlukan untuk memberi tenaga dan menguatkan otot-otot jantung. ‘Jumping jack’ juga membuatkan otot jantung bekerja keras untuk mengepam darah yang mengandungi karbon dioksida dari sel. Ini secara tidak langsung memberi kebaikan kepada kesihatan jantung dan paru-paru.

Sumber gambar: Greatist

3. Senaman olahraga yang baik untuk tubuh badan

IKLAN

Tahukah anda, pergerakan seperti melompat, menghayunkan kedua tangan ke atas dan mendarat ke lantai mampu untuk memperkuatkan otot-otot tubuh seperti biceps, triceps, glutes, adductors, paha belakang, betis, paha hadapan, otot di bahagian dada dan lain-lain? Oleh kerana itu, senaman ‘jumping jack’ ini antara senaman olahraga yang sangat bagus kerana kandungan intensitinya yang tinggi.

4. Meningkatkan Fleksibiliti

Bagi anda yang baru sahaja ingin memulakan senaman ini, usah lakukan dengan kadar pengulangan yang tinggi. Lakukan dengan pengulangan yang sedikit dahulu seperti 20 kali lompatan. Jika anda melakukannya dengan kerap, ia boleh meningkat tahap fleksibiti tubuh badan. Antara kebaikan yang dapat diperolehi apabila tubuh badan fleksibel ialah, ia boleh mengurangkan kadar peratusan kecederaan pada otot dan sendi semasa melakukan aktiviti senaman. Selain itu juga, ia dapat mengurangkan kandungan asid latrik dalam badan.

IKLAN
Sumber gambar: Cotton Bro

5. Meningkatkan stamina

Pergerakan melompat dengan kerap secara tidak langsung dapat meningkat stamina badan. Tahap bebanan yang diperlukan saat melompat dan mendarat menjadikan otot-otot lebih kuat dan juga memperkuatkan aspek stabiliti badan. Apa yang penting, anda harus menambahkan jumlah set setiap kali anda melakukan senaman ‘jumping jack’ ini supaya tubuh badan dapat menerima kebaikan dari senaman ini.

 

https://www.youtube.com/watch?v=VRd0SrVq3l4

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI