Dalam rutin penjagaan wajah, tiga langkah asas iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan wajah merupakan perkara penting yang perlu dilakukan. Pelembap wajah dipakai selepas menggunakan penyegar wajah kemudian barulah diikuti dengan langkah perawatan wajah yang lain.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, pelembap wajah tidak perlu dipakai (pada siang hari) terutama apabila anda sudah memakai sunsccreen. Ia terguna pakai buat mereka yang memiliki kulit jenis berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat.

Berikut perkongsian Kanda Aziz

Untuk yang masih bingung, pelembap tidak wajib digunakan pada siang hari. Terutamanya untuk kulit berminyak yang cenderung berjerawat. Dalam sunscreen sudah ada pelbagai ejen pelembap yang sudah cukup melembapkan kulit tanpa memerlukan tambahan pelembap asing.

Sunscreen yang bertekstur pekat atau berkrim sudah ada kesemuanya jadi tidak perlu lagi pakai pelembap wajah. Penggunaan pelembap sebelum menggunakan sunscreen jenis ini hanya boleh menyumbang kepada penyumbatan pori.

Photo by Shiny Diamond fromm Pexels

Pori pori tersumbat boleh cetuskan breakout. Untuk kulit berminyak dan yang sangat berminyak, pakai toner atau/dan serum (sebaiknya yang ada antioksidan seperti Vitamin C) dan sunscreen sahaja sudah mencukupi pada siang hari.

Terlalu banyak lapisan produk hanya akan merimaskan kulit dan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Kalau rasa kulit perlukan pelembap juga, pilihlah pelembap yang jenis ringan macam dalam gambar-gambar di bawah supaya tidak timbul masalah seperti breakout.

BERIKUT PILIHAN JENIS PELEMBAP UNTUK WAJAH: 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

 

Kesimpulannya setiap individu perlu kenali kulit masing-masing. Selidik kulit anda jenis yang sesuai dengan produk yang bagaimana. Jangan ambil risiko dengan meletakkan pelbagai produk dalam satu rutin terutamanya pada siang hari. Paling penting ikut keperluan kulit masing-masing.

HIJABISTA: Pastikan anda tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang menggunakan sesuatu jenis produk. Mungkin produk itu sesuai dan berkesan pada kawan anda tetapi tidak pada diri anda. 

Sumber kredit: Kanda Aziz

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI