Memilih produk perawatan wajah sememangnya memerlukan ketelitian. Tidak semestinya produk yang mahal sahaja memberi kesan yang terbaik pada kulit wajah. Hal ini kerana ia lebih kepada kesesuaian.

Maka sebab itulah jika mahu kesan yang terbaik kita mestilah rajin-rajin membuat pemerhatian. Dapatkan info yang secukupnya tentang sesuatu produk sebelum anda mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Photo by Anastasiia Ostapovych from Unsplash

Melalui perkongsian di laman Facebooknya lelaki ini berkongsi produk perawatan wajah yang mungkin bukan sahaja sesuai untuk kegunaan lelaki tetapi juga wanita.

1. Wardah Vitamin C Face Mist

 

 

Face mist dan toner asasnya produk yang sama. Yang penting anda mesti tahu bahan-bahan yang digunakan (untuk tahu fungsi) dan kenal pasti tekstur. Fungsi Wardah face mist adalah untuk mencerahkan kulit kusam serta melembapkan kulit wajah. Ia mampu melembapkan kulit berminyak dengan agak baik.

IKLAN

Pemakaian face mist ini sama macam seperti cara kita memakai toner sebab ia bersifat ringan. Hanya sembur pada tangan kemudian sapu pada seluruh wajah. Jika sembur pada kulit wajah, kebarangkalian semburan akan tersasar adalah sangat tinggi. Oleh itu lebih baik sapu dengan tangan sahaja dan ratakan ke seluruh wajah.

2. Safi Instant Spot Corrector 

 

Produk ini nampak kecil tetapi sangat ‘berkuasa.’ Sapuan pada jerawat akan menjadikan jerawat cepat matang, pecah dan kering. Selain digunakan sebagai spot treatment, anda boleh menyapu gel ini beberapa kali seminggu di bahagian wajah yang cenderung naiknya komedo contohnya pada bahagian hidung. Ia bertujuan supaya blackhead dan jerawat susah hendak ‘naik’ di bahagian ini.

IKLAN

3. Mad Hippie Vitamin C Serum

 

Kesannya mantap apabila penggunaannya digabungkan bersama dengan Vitamin A. Pakai secara bergilir-gilir. Serum sememangnya amat penting dalam rejim kecantikan kulit wajah. Jangan sesekali skip ya!

4. Aiken Hydra Plus Moisturizer

IKLAN

Ia membantu untuk melembapkan kulit wajah. Ramuan yang terkandung dalam produk ini sangat membantu untuk melembapkan kulit wajah. Harganya juga sangatlah mampu milik. Mudah didapati di drugstore.

5. Boonga Sunscreen

 

Tidak kira anda berada di luar rumah atau di dalam rumah, sunscren mesti dipakai. Sunscreen ini bertekstur losen yang jenis melembapkan kulit. Jadi untuk kulit berminyak, selepas pakai serum atau toner, boleh terus pakai sunscreen ini. Tidak perlu pelembap lain. Sunscreen ini sendiri adalah pelembap. Sebab kalau tambah pelembap lain, bimbang nanti kulit jadi berminyak.

HIJABISTA: Kesimpulannya penjagaan kulit wajah mestilah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit wajah. Jangan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang menggunakan sesuatu jenis produk kerana kulit kita tidak sama. Mungkin pada kawan anda berkesan tetapi tidak berkesan kepada anda. 

Sumber kredit: Kanda Aziz Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI