Secara umumnya kulit terbahagi kepada empat jenis kulit iaitu kulit jenis normal, kombinasi, kering dan juga berminyak. Jenis-jenis kulit bergantung pada genatik, hormon, dan juga faktor persekitaran.

Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, kulit akan terasa melekit dan si pemilik kulit wajah berasa kurang selesa. Keadaan kulit yang berminyak memungkin wajah lebih mudah untuk ditumbuhi jerawat.

Photo by Destiawan Nur Agustra from Pexels

Maka sebab itulah penjagaan kulit jenis berminyak lebih rumit. Mekap pada wajah juga mudah luntur dek kerana kesan minyak pada kulit wajah. Amat penting untuk memakai produk yang sesuai agar kulit wajah tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Berikut perkongsian Kanda Aziz tentang perawatan kulit wajah jenis berminyak.

RUTIN MENJAGA KULIT BERMINYAK

IKLAN

1. Bio Essence Jeju Marine Algae Aqua Skin Lewy Lotion

Selepas mencuci muka pakai QV Gentle Wash, aku simbah hydrating toner/lotion yang ni. Bahan-bahan dia bagus, bila pakai kulit rasa agak lembap TAPIII baunya teramat wangi. Mungkin lain kali aku akan beli yang Bio-Water. Bahan seakan sama tapi bebas pewangi. Rm20 je aku beli ni. Ini aku baru beli dua hari lepas je. Lepas Cikgu Zamjaddict (FB) bagitahu Bio Essence ada diskaun 40%, aku terus bergegas ke Watson bagai tiada hari esok.

IKLAN

2. Serum Mad Hippie Vitamin C & Mad Hippie Vitamin A


Kulit aku sekarang agak kusam, jadi sangat perlukan produk-produk pencerah. Chemical Exfoliator saja tak cukup. Power dik kombo ni. Aku pelan-pelan dah jatuh hati. Kulit boleh nampak makin berseri dari biasa. Kurang kusam. Macam 24jam ada wuduk ha gitu. Tapi serum dia tak guna Vitamin C dan A jenis tradisional, dia guna yang dari generasi baru. Vitamin C/A dari generasi baru ni tak sehebat yang klasik punya. Tapi masih ada manfaatnya.
Vitamin C – Sodium Ascorbiyl Phosphate (instead of Ascorbic Avid)
Vitamin A – Hydroxypinacolone Retinoate (instead of Retinol)

3. Nuvit Hydrating Gel


Yang ni best gila. Teksturnya hampir sama dengan Neutrogena Hydro Boost dan Mary Kay Intense Cream, tapi dengan bahan-bahan yang lebih bagus (banding Neutrogena) tapi harga yang lebih rendah. Tekstur gel tapi cukup untuk melembapkan kulit berminyak. Kulit berminyak? Cuba pelembap ni.

IKLAN

4. Boonga Sunscreen SPF50 B. Spectrum

Akhir sekali aku salut muka aku dengan sunscreen dari Boonga Skin Solutions ni. Tekstur losyennya yang mencair macam mentega bila disapu membuatkan ia sangat selesa pada kulit berminyak. Aku tak rasa rimas bila guna, jadi aku suka. Tapi tu lah, 30ml je, aku kena jimat sikit.

HIJABISTA: Selain perawatan kulit wajah, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, barulah dapat kulit yang sihat dan cantik.

Sumber kredit: Kanda Aziz