Penting untuk kita memilih losen badan yang kaya dengan fungsi melembap serta mampu mengekalkan kesihatan kulit. Pilih losen mengandungi perahan minyak zaitun, avokado atau mentega shea. Elakkan pelembap kulit yang mengandungi wangian kerana ia mungkin memburukkan lagi keadaan.

Cara pemakaian pelembap juga penting. Sapu pelembap ke seluruh tubuh setiap kali selepas mandi. Ulang pakai di bahagian kulit yang terdedah setiap kali perlu. Melembapkan tangan dan kuku dengan pelembap bersesuaian ialah cara yang berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Ini tiga losen badan yang amat membantu untuk mencerahkan kulit badan. Semuanya yang ada kebaikan mencerah. Losen ini sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah warna kulit yang tidak sekata terutamanya di bahagian lengan dan leher.

Masalah sunburn juga boleh diatasi dengan menggunakan losen-losen ini. Losen ini membantu untuk mencerah dan memperbaiki warna kulit yang tidak sekata. Bukan itu sahaja, losen-losen ini mudah sahaja di dapati di mana-mana drugstore.

IKLAN

Hasilnya warna kulit semakin sekata dan lebih sihat. Tidak kering atau bersisik. Anjal macam ‘tofu.’ Selain di bahagian lengan, anda juga boleh sapukan losen ini di bahagian-bahagian badan yang ada parut gelap seperti kesan parut caccar air atau ‘chicken pox’. Memang susah hendak pudarkan parut 100% namun dengan pemakaian yang konsisten, perlahan-lahan parut-parut itu akan hilang dan tidak lagi begitu ketara.

IKLAN

IKLAN

Memang nampak ada perubahan positif sepanjang penggunaannya. Walau apa pun, utamakan untuk lindungi kulit daripada cahaya matahari terlebih dahulu. Losen ini dipakai pada waktu malam saja.

HIJABISTA: Urutan selepas memakai pelembap ketika tidur atau sebelum keluar bersiar-siar membantu mengunci lembapan pada kulit.

Sumber kredit: Kanda Aziz Top image: Photo by Linda Prebreza from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI