Sebagai seorang wanita, kita memang wajib memberi penekanan kepada soal penjagaan wajah. Pantang mendengar atau membaca mengenai petua cantik, pasti akan segera mencubanya. Biasanya kita lihat perkongsian pengguna laman media sosial mengenai senarai produk untuk mencantikkan kulit atau elak wajah alami breakout. Tetapi kali ini perkongsian wanita ini  yang mengamalkan minum bird nest atau sarang burung untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Menulis thread pengambilan makanan tambahan air sarang burung ini di laman twitter menggunakan nama akaun @umairaharis mendapat lebih 20 ribu retweet dan 24 ribu butang like.

Menurutnya amalan pengambilan bird nest ini menjadikan kulit cantik, sihat, lembut dan juga melambatkan proses penuaan.

Kalau nak kulit lembut dan nampak lambat tua, boleh minum ini.

Lepas minum kulit jadi rasa lain sangat. Minum hari-hari dan kos tak sampai RM150 sebulan.

Minum bird nest ini lepas lihat 1 perempuan Cina beli borong dengan banyaknya dari satu jenama ini. Katanya boleh buat kulit jadi lembut.

IKLAN

Ini kerana memang tidak dinafikan kulit orang Cina memang lembut, gebu, sihat, bersih dan tidak ada cela. Hitam tak apa janji bersih.

Bila minum tidak ada rasa pelik dan memang sedap sangat. Minum sehari sebotol.

Kalau suka yang ada herba lagi bagus. Bagi masyarakat Cina mereka suka yang ada jenis herba ini. Memang kulit jadi cantik sebab amal dari kecil.

IKLAN

Seeloknya minum lepas bangun tidur masa perut kosong. Boleh juga ready siap-siap letak dalam fridge danminum ketika sejuk.

Kalau ada bajet lebih boleh beli sarang burung yang raw dan masak sendiri. Tak perlu minum hari-hari, seminggu sekali sudah memadai. Harga yang raw ini ada yang berpuluh ringgit hingga cecah ribuan ringgit.

Kalau beli yang raw jangan lupa letak pemanis, takut tak boleh minum nanti. Boleh letak goji, kurma, longan, winter melon atau rock sugar. Sesuai juga diminum untuk ibu yang menyusu sebab kandungan goji, red date dan juga longan.

IKLAN

Cara masaknya rendam sarang burung semalaman dan esoknya terus masak. Letakkan pemanis dan kukus selama 2 hingga 3 jam. Minum ketika masih suam-suam.

Dah lama minum bird nest ini, cuma masa mengandung tak ambil.

Selain untuk kecantikan kulit. khasiat bird nest ini boleh tingkatkan immune system dan speed up recovery. Boleh juga untuk pulihkan muka dari breakout.

Rasanya macam ala-ala cincau, bila kunyah rasa kenyal dan airnya pula sedap dan tak berapa manis sangat.

Tak minum air manis setiap hari dan hanya minum manis ini (bird nest) sahaja. Kalau minum hari-hari tak okay, elok diambil 2 hingga 3 minggu sekali. Ikut kesesuaian badan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI