Rasa sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja, malah menyebabkan pelbagai implikasi. Najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan najis.

Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut. Sembelit juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Photo by ROMAN ODINTSOV from Pexels

Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu.
Sembelit menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.

Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai. Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Berikut perkongsian Ana Maahabu tip melegakan sembelit.

BAHAN-BAHAN:
7 biji buah prune
7 biji buah anggur hijau
Sekotak atau secawan susu
Air masak

IKLAN

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga halus agar mudah untuk diminum.
3. Rasanya sangat sedap. Ada rasa lemak, rasa masam-masam.

Untuk anak-anak pun jika ada masalah sembelit, senang, bagus untuk perut dan rasanya pun lazat. Bagi mereka tang mengalami masalah sembelit, minumlah pada waktu pagi. Insya-Allah boleh melegakan sembelit.

IKLAN

PUNCA SEMBELIT
Sembelit boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis. Ramai yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan satu-satu perkara. Apabila tabiat ini sering dilakukan ia boleh memberi kesan negatif. Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh menyebabkan berlakunya masalah sembelit.

Photo by Anna Shvets from Pexels

CARA MENGATASI SEMBELIT
*Minum banyak air. Paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga. Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.

*Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan.

IKLAN

*Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.

*Lakukan senaman secara kerap. Bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.

*Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis dari dubur berbanding cara duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.

*Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.

Sumber kredit: Ana Maahabu Top image: Photo by Markus Spiske from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI