Lagu Wanita Terbahagia Kini Jadi Lagu Paling Sedih Didengari

Share

Semalam kita telah dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Ashraf Sinclair,40, yang merupakan suami kepada penyanyi dan pelakon Indonesia terkenal iaitu Bunga Citra Lestari (BCL).

Ashraf dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi semalam akibat serangan jantung.

Seluruh peminat di Malaysia dan Indonesia turut berduka cita dengan berita ini dan pastinya yang paling terkesan adalah BCL serta anak lelaki mereka, Noah Aidan Sinclair,10.

Pernah menghasilkan lagu Wanita Terbahagia yang ditujukan khas buat suaminya, rata-rata peminat BCL kini turut berasa sedih apabila mendengarkan lagu itu kerana tidak mampu untuk membayangkan perasaan yang sedang ditanggung olehnya ketika ini.

Lagu ini bertukar daripada gembira menjadi sedih…

Lagu teman filem Habibie & Ainun yang bertajuk Cinta Sejati nyanyian BCL juga turut membuatkan sesiapa jua sebak apabila mendengarnya.

Sebagai rekod, pasangan ini telah bernikah pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta. Tidak pernah dihimpit gosip liar, mereka sentiasa dilihat sebagai pasangan romantis yang menjadi idola semua. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

IKLAN