Masalah perut buncit di kalangan wanita bukan sahaja untuk mereka yang ada masalah berat badan malahan yang kurus keding pun adakalanya ada masalah ini. Memang masalah perut buncit ini boleh menjejaskan penampilan diri selain membuatkan seseorang wanita itu berasa rendah diri. Ini kerana keadaan prut yang buncit menyukarkan seseorang wanita itu untuk bergaya sehingga mengehadkan gaya fesyen yang ingin digayakan.

Maka sebablah itu ramai wanita berusaha untuk mendapatkan perut yang rata kerana ia menjadikan seseorang wanita itu lebih berkeyakinan terutama ketika menggayakan pelbagai jenis fesyen pakaian yang diidamkan.

Berikut perkongsian Sarifa Redzuan II

Perut buncit adalah salah satu perkara yang paling menyedihkan untuk setiap wanita.

Dalam kebanyakan kes, perut buncit disebabkan oleh perubahan hormon.

Dari dulu lagi halia memang digunakan untuk membantu mengurangkan masalah kembung, angin, sembelit dan penurunan berat badan.

Penggunaan halia digunakan secara meluas sehingga ia menjadi bahan penting dalam produk kesihatan dna kecantikan terutamanya untuk penurunan berat badan.

Salah satu cara halia menggunakan halia untuk membantu mengurangkan masalah perut buncit adalah dengan “body wrap”

IKLAN

INI BAHAN-BAHANNYA:

1-2 sudu besar halia serbuk
4-5 sudu losyen badan (firming Q10)
Pembalut plastik
Tuala
Bandage atau pembalut elastik

CARA-CARANYA:

1.Rendamkan tuala dengan air suam dan letakkan di sekitar perut selama 5-7 minit

2.Sebatikan serbuk halia bersama losyen badan dan sapu di perut sambil urut.

IKLAN

3.Selepas itu, gunakan plastik wrap untuk balut seluruh perut.

4.Balut dengan bandage

5.Lakukan sebelum tidor dan cuci esok pagi

6.Amalkan sekerapnya untuk hasil yang terbaik

Halia adalah agen anti-radang dan mempunyai kesan yang baik ke atas penurunan berat badan.

IKLAN

Ia juga meningkatkan metabolisme dan membantu tubuh mengatasi pengumpulan lemak dengan baik.

Tahap Metabolisme yang baik menjadikan tahap stres semakin rendah dan secara langsung memberi impak pada tahap kortisol yang lebih sihat

Dalam proses “wrapping” ini, minumlah teh halia untuk membantu tingkatkan kesan wrapping tersebut.

Selamat mencuba!

NOTA BAHAN BELI DI MANA:

1. Halia serbuk beli dekat mydin pun ada
2. Losyen jenama apa pun tak mengapa tapi kena cari yang losyen firming q10. Nivea pun ada
3. Plastic wrap tu boleh beli yang food wrap tu.

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI