Mana-mana wanita tentunya inginkan kulit yang ‘glowing’ dan berseri sepanjang hari. Bukan mudah untuk mendapatkan kulit yang ‘glowing’ tetapi ia bukanlah satu yang mustahil.

Jika sesuai dengan caranya, tentu impian memiliki kulit yang sihat dan cantik akan menjadi kenyataan. Pokok pangkalnya anda mestilah rajin dan konsisten dalam merawat kulit wajah.

Cuba ubah sedikit tabiat anda pada waktu pagi dengan lakukan 7 perkara ini.

1. Gunakan Serum Antioksida

Antioksidan dari vitamin C dan E membantu menghalang kulit daripada dehidrasi, mengelakkan radikal berbahaya, sinar UV, pencemaran dan juga tabiat makan yang tidak sihat. Gunakan serum ini sebaik sahaja membersih wajah. Tunggu beberapa saat dan kemudian oleskan pelembap. Serum ini boleh menggandakan efek pelembap dan ‘sunscreen’ anda kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya.

IKLAN
Photo by Chelsea Shapouri from unsplash

2. Lebihkan Protein Dalam Diet Anda

Sarapan yang tinggi dengan protein seperti telur, yogurt dan kekacang dapat membina kolagen dalam kulit. Kolagen merupakan protein yang memastikan kulit anda sentiasa tegang dan muda. Mereka yang mengambil protein lebih cenderung untuk kenyang dengan lebih lama dan tidak terlebih makan. Protein juga merupakan asas dalam pertumbuhan rambut sihat.

Photo by ROMAN ODINTSOV from Pexels

3. Gunakan SPF

Wajib digunakan setiap hari walaupun pada hari mendung. Kandungan SPF pada pelembap  tidak mencukupi untuk memberi perlindungan optima. Sapukan pada seluruh wajah, termasuk pada bahagian mata, leher dan juga tangan anda kerana kawasan ini cenderung untuk menunjukkan penuaan.

Photo by Ekaterina Bolovtsova fromm Pexels

4. Hidrasi Dalam & Luar

Dehidrasi akan membuatkan kompleksi wajah anda nampak pucat dan lesu. Sebaik bangun dari tidur, anda perlu menambah kandungan cecair dalam badan. Setiap pagi, minum segelas air lemon suam untuk penambahan Vitamin C dan memastikan penghasilan kolagen berjalan lancar. Ia juga bakal memberikan wajah anda kompleksi yang segar.

IKLAN
Photo by Polina Tankilevitch from Pexels

5. Gerak Badan Anda

Bersenam dan menggerakkan badan secara konsisten pada waktu pagi mampu menambah adrenalin, beri badan anda tenaga dan menambah kandungan oksigen dalam badan. Kajian menunjukkan mereka yang bersenam pada waktu pagi, tidur mereka lebih lena pada waktu malam. Jadi pastikan anda menyelit aktiviti senaman pada waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

Photo by The Lazy Artist Gallery from Pexels

6. ‘Mist’kan Wajah Anda

Gunakan air mineral untuk ini. Simpan air mineral dalam peti ais dan sembur pada wajah anda setiap pagi. Terdapat banyak produk sebegini di pasaran jadi ia bukanlah sukar untuk didapati. Wajah anda akan rasa lebih segar. Air yang sejuk itu juga akan mengurangkan kesembapan wajah anda.

IKLAN
Photo by Kalos from Unsplash

7. Minum Teh Hijau

Mereka yang ketagihan kafein pada waktu pagi boleh mengambil teh hijau. Ia kaya dengan flavenoid yang kaya dengan antioksidan dan melambatkan proses penuaan dan kerosakan sel. Tidaklah bermakna anda tidak boleh minum kopi, kopi juga ada antioksidan dan juga diketahui mempercepatkan metabolisme. Kalau boleh janganlah minum dua cawan kopi, tukarkan dengan teh hijau. Ia lebih baik.

Photo by ric perin from Pexels

HIJABISTA: Jangan cemburu kalau lihat kulit wanita lain cantik. Tentu banyak usaha yang dilakukannya bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Sumber: Top image: Canva

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI