Penjagaan kulit bukan hanya tertumpu pada kulot wajah sahaja tetapi merangkumi seluruh tubuh. Sama seperti kita cerewet menjaga kulit wajah, penjagaan kulit tubuh juga memerlukan ‘belaian’ yang sempurna.

Selain wajah yang memerlukan kita menyingkirkan sel-sel kulit mati iaitu dengan melakukan skrub, kulit tubuh juga sama. Pemilihan produk skrub badan yang bagus akan memberikan hasil kulit tubuh yang bukan sahaja bersih, sihat dan gebu tetapi dalam masa yang sama menambah keyakinan diri.

Sumber gambar: rockymountainsoap.com

Berikut dikongsikan beberapa jenis skrub badan yang bukan sahaja dapat membantu mencerahkan kulit tubuh tetapi dalam masa yang sama menegangkan kulit.

Cerahkan dan Tegangkan Kulit dengan 8 Skrub Badan Terpilih Ini

Menjaga kecantikan tubuh badan adalah benda yang sangat penting. Oleh sebab itu, anda harus menggunakan skrub untuk badan kerana ia dapat mengekalkan kecantikkan kulit serta memutihkan.

Selain itu, ia juga dapat menghilangkan sel kulit mati dengan mudah. Justeru itu, lakukan scrub badan seminggu sekali atau dua minggu sekali. Anda boleh melakukan scrub badan di spa tetapi kosnya agak mahal.

Namun begitu, pelbagai produk scrub badan yang berada dipasaran sekarang, jadi tiada masalah untuk lakukanya dirumah. Ini adalah senarai scrub badan yang terbaik!

GINVERA Alpine Rose & Edelweiss

Scrub badan wangi yang boleh didapati di drugstore
Dapatkan scrub badan yang sangat wangi ini online atau di drugstore berhampiran. Ia mempunyai vitamin E untuk melindungi dan mencantikkan kulit. Ekstrak ros digunakan bagi memulihkan daya tahan kulit daripada rosak dan ekstrak edelweiss digunakan kerana ia mengandungi antioksidan tinggi bagi mengelakkan penuaan.

 

A’Bonne Tomato Glutathione Salt Scrub

IKLAN

Scrub badan tomato untuk mencerahkan kulit
Ini merupakan scrub badan kombinasi antara gula dan garam. Ia diperbuat daripada ekstrak tomato yang dapat memulihkan kulit serta mencerahkannya. Bukan itu sahaja, scrub badan ini juga mampu menegangkan kulit supaya nampak lebih sihat.

 

Biofinest Coconut Milk Body Scrub

 

Terbaik untuk kulit sensitif
Scrub badan ini sangat sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit sensitif. Ia dapat melembutkan kulit, merawat kulit kering dan mengurangkan kedutan pada kulit. Bukan itu sahaja, scrub badan ini boleh melindungi kulit daripada sinaran UV. Jadi, kulit anda pasti sentiasa sihat dan cerah.

 

IKLAN

Bath & Co Emulsified Sugar Scrub

Scrub badan gula yang boleh digunakan setiap hari
Scrub ini dirumus khas untuk mengurangkan tekanan dan merehatkan minda. Ini kerana gabungan bunga seperti lavender, palmarose dan rose geranium oil berkesan untuk menenangkan badan yang penat serta lesu. Selain itu, ia juga membersihkan muka dari semua kekotoran yang tidak diingini.

 

ZM Beauty Organic Oat Scrub

Scrub badan dengan oat untuk badan berjerawat
Anda mempunyai masalah memilih scrub yang sesuai untuk kulit berjerawat? Ini merupakan scrub badan yang diperbuat daripada oat yang dapat menyelesaikan masalah kulit kusam atau kering. Selain itu, ia mengurangkan pembiakan jerawat dan juga parut. Oat mengandungi serat dan nutrien tinggi, jadi ia dapat membuatkan kulit nampak lebih muda dari usia sebenar!

 

IKLAN

Body Scrub The Beauty Hacks

scrub ini dapat mencerahkan kulit yang kusam dan membuat kulit lebih anjal. Bukan itu sahaja, ia juga boleh merawat kulit yang terbakar akibat sinar UV.

 

Bioglo Korea Red Ginseng Body Scrub

Scrub badan Korea untuk kulit kering
Terdapat red ginseng dan juga kulit walnut yang dapat menghilangkan sel kulit mati dalam sekelip mata. Selain itu, scrub badan ini membuatkan kulit nampak lebih lembut dan cerah. Ia diperbuat daripada 12 jenis tanaman yang membuatkan kulit kering menjadi lembap.

 

Kopi’Co Body Scrub

Scrub badan kopi organik
Ini merupakan scrub badan yang menggunakan 100% bahan organik. Scrub kopi dapat melicinkan dan mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, ia mempunyai aroma yang semulajadi serta melancarkan peredaran darah. Jangan risau, ia juga bebas dari bahan radikal.

Sumber kredit: Product The Beauty Hacks Top image: thedelite.com

https://www.youtube.com/watch?v=OkmUu0aCUac&feature=youtu.be

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI