Kulit tubuh yang cerah dan lembut tentunya menjadikan seseorang wanita itu lebih berkeyakinan. Ia umpama kepuasan buat diri sendiri. Bagi mendapatkan kulit tubuh yang cerah, sekata dan lembut, ada yang sanggup membeli pelbagai jenis losen  namun tidak dapat dinafikan bukan semua losen yang dibeli mujarab.

Mungkin keberkesanan sesuatu produk tidak sama bagi setiap orang. Jadi tidak ada salahnya jika anda cuba produk yang dibuat sendiri. Mana tahu ianya sesuai dengan kita. Kadang-kadang produk ramuan hasil air tangan kita pula yang memberikan hasil seperti yang diinginkan.

Photo by Linda Prebreza from Pexels

Berikut perkongsian Aisyah Badar Bajrai

RESEPI LOSEN CERAHKAN KULIT BADAN

Ingat tak hari tu Aisyah nak share resepi losyen cerahkan kulit badan. Bukan semua orang nak cerahkan kulit badan. Tapi kadang-kadang kulit badan sunburn.

Lagi-lagi yang bawa motor. Mesti kulit badan berbelang kan. Jadi resepi ni memang khas untuk korang.

Resepi ni guna bahan simple jek. Kita guna losen yang dah ada kat rumah dengan air rose.

IKLAN

Untuk resepi ni, Aisyah saje guna losen citra sebab losen ni kan tengah viral. Pastu bau dia pula memang wangi. Tu Aisyah beli. Siapa tak de losen citra, korang tak yah susah hati okey. Resepi ni boleh guna apa-apa losen.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Brand nivea boleh, brand vaseline boleh. Brand lain pun boleh. Ikut korang la guna jek yang dah ada kat rumah tu. Yang penting ada air rose.

Air rose ni korang memang tak boleh skip sebab air rose ni la yang akan boost kan kulit korang biar lagi cerah dan glowing.

Yang lagi best, air rose ni ada antioxidant tau. Antioxidant dalam air rose ni boleh kuatkan sel kulit dan boleh repair kulit kita.

IKLAN

Jom tengok resepi losen cerahkan kulit badan.

BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar losen
2 sudu besar air rose

IKLAN

CARA BUAT DAN CARA PAKAI:

Kacau dua-dua bahan sampai sebati. Pastu sapu kat badan. Konsisten pakai 2 kali sehari selama 2 minggu untuk hasil terbaik.

Losyen ini untuk badan jek tau. Korang jangan memandai pakai kat muka pula. Kang ada juga muka tetiba keluar bintik merah.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Siapa ada masalah celah peha gelap ke, siku atau lutut gelap boleh try resepi losen ni. Yang penting konsisten jek pakai. InsyaAllah kulit akan cerah.

HIJABISTA: Penjagaan kulit bukan hanya tertumpu pada kulit wajah sahaja. Kulit badan juga harus diberikan perhatian. Barulah cantik dari hujung rambut ke hujung kaki. 

Sumber kredit: Aisyah Badar Bajrai

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI