Kunyit merupakan antara bahan masakan penting yang melazatkan hidangan. Selain menjadi ramuan utama dalam masakan, kunyit juga dikatakan amat baik untuk meningkatkan kesihatan kulit.

Nenek moyang kita sudah menggunakan kunyit sejak dari dulu lagi sejak zaman sebagai bahan semula jadi bagi mencantikkan kulit. Ini kerana kunyit memiliki sifat antikeradangan dan antioksidan yang penting untuk mengubati masalah kulit.

Tidak kira sama ada mempunyai masalah kulit atau tidak, dengan kerap mengamalkan penggunaan bahan kunyit dalam rejim kecantikan, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Berikut perkongsian Ilya Sazuani Radzuan Ahamad

Minyak kunyit!
Untuk kulit yang bermasalah.

Hari ni cuci dan tanam semula kunyit.
Dari rumah lama, kunyit memupuh, habis semua. Baru nak naik lain, terpaksa pindahkan, nak guna pasu besar bekas kunyit tu untuk anak pokok limau nipis.

Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.

Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuh. Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah. Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.

BAHAN-BAHAN:

Kunyit
Santan
Garam bukit

CARA-CARA MEMBUATNYA:

Masak santan dengan kunyit sampai jadi minyak.

LANGKAH DEMI LANGKAH:

Ads

1.Kunyit dan santan.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

 

2.Tumbuk kunyit sampai lumat.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

 

3.Tumbuk lumat macam ini.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

 

Ads

4.Campurkan dengan santan dan masak.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

 

5.Kacau-kacau.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

 

6.Dah semakin pekat. Masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masuk garam bukit.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

Ads

7.Mula nampak minyak dah.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

8.Lagi banyak keluar minyak dia.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

9.Tapiskan.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

10.Kerak ni boleh buat sental badan.

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

11.Minyak kunyit siap!

Kulit Sihat, Cerah & Glowing Cara Mudah, Minyak Kunyit Buat Kulit Wajah Awet Muda

 

Sumber kredit: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI