Bayangkan di tengah cuaca panas, dapat menghirup minuman sejuk berais, tentunya ia memberikan satu kelegaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Ais batu atau ais kiub bukan sahaja bahan ‘penyedap’ minuman tetapi juga merupakan antara bahan semula jadi yang sesuai diamalkan sebagai rejim kecantikan wajah.

Photo by cottonbro from Pexels

Ketulan ais sebenarnya boleh membuatkan wajah anda tampil segar dan  ‘flawless.’ Jika diamalkan selalu dengan mengoles terus pada wajah atau dibuat ‘facial’ kesannya wajah akan kelihatan lebih segar dan berseri.

 

Menurut satu kajian fungsi ais ini sebenarnya yang melancarkan perjalanan darah pada kulit bahagian ini. Dan pastinya akan menyebabkan wajah kekal segar dan berseri.

Photo by Enrique Zafra from Pexels

Untuk ‘facial’ wajah, anda boleh ikuti tiga langkah mudah ini.

IKLAN
  1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk.
  2. Tambah ketulan ais.
  3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah dalam air ais ini selama 10-30 saat. Lakukan sebanyak tiga kali.
Photo by cottonbro from Pexels

 

Berikut adalah LIMA lagi kelebihan ais yang perlu anda manfaatkan.

  1. Ia membantu mengecilkan pori-pori wajah sekali gus mengurangkan kotoran tersumbat yang menjadi penyebab jerawat. Ketulan ais juga akan membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat dengan cara mengolesnya pada kulit yang bermasalah.
Photo by Jenna Hamra from Pexels

2. Kulit yang terbakar selepas percutian di pantai boleh diredakan dengan ais. Rawatan ‘facial’  ais akan menenangkan kulit yang merah akibat sinar UV.

IKLAN

3. Amalan ‘facial’ ais untuk melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah juga mampu buat wajah lebih awet muda.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

4. Mengoleskan ketul ais sebelum mekap akan membantu solekan tahan lebih lama jadi anda tak perlu selalu ‘touch up’.

IKLAN

5. Bagi anda yang selalu tidur lewat dan mengalami lingkaran hitam bawah mata oles ais pada bahagian ini untuk mengurangkan bengkak. Ia juga adalah rawatan paling singkat untuk menjadikan mata lebih segar.

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI