Pastinya selepas pulang dari kerja, tubuh badan akan berasa penat dan kulit tampak tidak bermaya dan kusam. Tambahan pula bagi anda yang kerja lebih masa di pejabat, sudah tentu berasa tidak segar dan keletihan. Anda memerlukan belaian secukupnya untuk mengembalikan tenaga dan memperbaiki semula kulit yang rosak akibat kekeringan dan sebagainya.
Oleh itu, gunakan waktu malam anda sebagai waktu untuk membaiki kulit anda. Waktu malamlah waktu yang lebih kuat untuk kulit bekerja, jadi pastikan kulit anda dalam keadaan yang bersih dan selesa sebelum tidur.
Ikuti langkah-langkah ini demi kebersihan dan kecantikan kulit secara menyeluruh.
Mandi dengan air suam
Pertama sekali, mandi dengan air suam. Jika anda menggunakan tab mandi, penuhkan tab dengan air suam terlebih dahulu dan campurkan buih mandian aroma terapi. Ini bukan sahaja memberi ketenangan pada tubuh badan malah ia juga seakan-akan memberi belaian pada kulit untuk kembali sihat.
Apabila tubuh berada dalam keadaan selesa, secara tidak langsung ia akan membuatkan minda dan badan jadi lebih relaks. Anda juga boleh cuba bubuh sedikit minyak chamomile bagi melembut serta melicinkan kulit.
Untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering, anda haruslah lumurkan losen badan atau minyak bayi agar kulit badan atau minyak bayi agar kulit badan dapat mengekalkan kelembapan semalaman. Lakukan cara ini selepas anda mandi. Tidak lupa juga pada tangan dan kaki, sapu krim khas untuk tangan dan kaki, ia amat penting bagi menyediakan tangan yang lembut dan lembap keesokan hari.
Pakai sarung kaki atau sarung tangan sekiranya anda ingin merangkap lebih kelembapan pada kulit, namun terpulang pada keselesaan anda.
Seharian memakain kasut tumit tinggi menjadikan tumit kaki merekah dan bermasalah. Bukan itu sahaja, malahan bila lama di pejabat, kulit kaki menjadi kering akibat kesejukan! Sekiranya anda mengalami masalah kulit kaki yang kering dan mengelupas atau cekam bulu, oleskan krim yang mengandungi bahan seperti glycolic dan asid salisilik. Ia mampu menyingkirkan bakteria, selain melembapkan kulit. Jadikan ia satu rutin setiap kali sebelum tidur.
Selain badan, tangan dan kaki serta leher juga penting untuk dijaga. Pastikan anda oles sedikit krim di bahagian leher supaya lebih terjaga. Ini juga menjadikan tona leher sama dengan bahagian lain serta dapat menghilangkan daki yang ada pada bahagian leher.
Udara dalam bilik juga harus dikawal dengan rapi untuk memastikan kesihatan kulit terjaga! Pastikan udara dalam bilik sentiasa lembap kerana udara yang lembap dapat memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap serta bersinar keesokan harinya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah menyerahkan anak angkat dan juga susuannya, Qayyum kepada ibu kandung, isteri kepada jutawan kosmetik, Datin SeriShahida mengakui serik untuk mengambil anak angkat lain. Dalam posting terbaru, beliau menjelaskan ramai yang DM mahu memberi anak padanya, tetapi Datin Seri Shahida menolaknya dengan baik.
Menurutnya ramai yang mengambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan sebelum ini. Beliau melihat hikmahnya setelah kes Qayyum yang cukup viral minggu lalu.
Sebenarnya banyak dugan tetapi banyak juga kebaikan yang beliau tidak nampak sebelum ini. isteri kesayangan DS Aliff Syukri ini juga turut memohon pada Allah agar sentiasa melindungi dirinya serta keluarga dari niat yang tidak baik.
Beliau juga turut berpesan kepada kaum ibu di uar sana agar jangan beri anak-anak kita pada orang lain. Kalau boleh berusaha untuk menjaganya sendiri.
Dalam ada itu, follower beliau turut memberi kata-kata semangat pada Datin Shahida. Dan ada juga yang mohon beliau dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
jamuratumalaya_elly_gombak Semoga datin @shahidadherbssekeluarga sentiasa bahagia dgn anak2… Dan dipermudahkan segala urusan dstin….sy suka dgn cara pemikiran datin…positif….
thedaniel.rahman Anak yatim piatu dekat rumah kebajikan ade ramai, boleh amik anak angkat kat sana.nnt tiada siapa nak tuntut mitak balik, so xde kontroversi tiada viral.
shie.senrose Drpd amk ank yg ada parents, walaupun family tu susah, lbih baik amk ank yg xada parents, iaitu ank2 yatim. Lg mulia amk dorg, sbb dorg da lama xdpt ase kasih syg drpd parents.
nfaizah24_shaklee_tangkak Alhamdulillah semoga datin @shahidadherbssekeluarga semakin tenang dan redha dengan ketentuanNYA.. Allah sebaik² perancang.. Semoga yang baik² di masa depan InsyaAllah
_madamsue @emillyanamimiya Allah kental nya hati. taj dpt bygkan di tempat awk dik. semoga bhgia selalu. smoga murah rezeki.
eyma_helmy Jaga anak kita sendiri jela datin . Jaga anak org payah . Ambik kesempatan jea
cikpuan_hasnahmasidon betul tu datin..dr anak angkat pertama dulu pastu nk semula..better xpayah la ambik anak angkat lg..nk kemewahan n duit je tu..baik fokus pada anak2 datin n meena je..kalau ade rezeki anak g bai zuriat sendiri datin…stop je dr ambik anak angkat..
yatie_t5 Shahidadherbs semoga datin dapat ank kembar lps ni..
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Nurul Nabila Farhana, adalah gadis yang berjaya mencuri dan memiliki hati Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly dan kini menjadi isterinya yang sah dengan sekali lafaz, menerusi majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Nabila menerima mas kahwin sebanyak RM 1,312 yang bertepatan dengan tarikh hari ini iaitu 13 Disember 2022.
Hijabista difahamkan majlis tersebut diadakan secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua mempelai serta beberapa kenalan rapat mereka.
Latif yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, memaklumkan perkara itu dengan berkongsi detik-detik terindah menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) miliknya sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati hantaran tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat serta pengikut Latif, berikut adalah antara komen yang ditinggalkan.
“Selamat pengantin baru datuk dan pasangan semoga kekal bahagia hingga akhir nyawa.”
“Alhamdulillah, selamat berkahwin Latif dan pasangan, semoga kekal hingga ke Jannah.”
Untuk rekod, Nabila merupakan seorang guru dan merupakan antara orang kuat yang menyokong jatuh bangun karier atlet paralimpik yang berasal dari Perlis itu.
Difahamkan, Latif mengenali Nabila sejak zaman persekolahan lagi, ketika sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
Terdahulu, Latif dan Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.