Kulit wajah yang kusam akan membuatkan penampilan wajah kelihatan lesu dan tidak bermaya. Wajah akan kelihatan tidak berseri walaupun ‘disorok’ dengan solekan yang tebal. Memang penting untuk menjaga kulit wajah, barulah apabila wajah disolek, seri wajah dapat diserlahkan.

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kusam, dikongsikan rutin asas perawatan wajah yang boleh diamalkan. Kebanyakan produk boleh didapati di drugstore. Untuk memilih produk untuk asas perawatan kulit wajah, pertama sekali kita perlu tahu jenis kulit. Selepas itu barulah kita boleh pilih prodok perawatan wajah yang sesuai.

Photo by Ekaterina Bolovtsova from Pexels

RUTIN ASAS PERAWATAN KULIT WAJAH KUSAM

1. Makeup Removal

Sebelum cuci muka, buang dahulu segala kekotoran/mekap yang melekat pada kulit wajah dengan menggunakanmakeup removal. Sisa mekap dan kotoran pada wajah tidak akan hilang sepenuhnya kalau kita hanya guna pencuci muka sahaja. Untuk makeup removal, boleh guna Micellar Water Garnier (warna merah jambu). Bagi kulit kering dan sensitif, sesuai pakai warna merah jambu dan untuk normal atau kulit jenis kombinasi boleh juga pakai yang warna merah jambu ini.

2. Cleanser

Pencuci muka Eversoft antara yang sesuai dipakai. Untuk cleanser ini tidak kisah sangat hendak pilih produk apa pun, asalkan sesuai dengan jenis kulit dan pastikan pencuci muka make yang kita pakai itu low pH(4.0-6.0). Sebab kulit kita ini low pH sekitar pH5. Kalau kita guna high pH ia boleh kacau lapisan kulit kita maka jadilah kulit kering, jerawat tumbuh dan sebagainya.

3. Toner

Boleh pakai Hadalabo yang ada extra hydration, warna orange. Apabila dipakai kulit tidak pedih. Toner penting untuk kulit kerana apabila kita cuci muka pori-pori kita akan terbuka. Fungsi toner ialah menutup kembali pori-pori kita supaya segala kekotoran atau cahaya matahari tidak masuk terus ke dalam lapisan kulit.

IKLAN

4. Serum

Skin Potion Oil sangat sesuai semua jenis kulit. Walaupun SPO ini oil based, tapi bila kita sapu, ia akan terus serap dalam kulit, langsung tidak melekit. SPO membantu untuk seimbangkan semula minyak pada wajah kita, jadi kulit kita akan lembap sepanjang hari dan memperbetulkan kembali tekstur kulit.

Apabila minyak pada kulit wajah seimbang, susah untuk naik jerawat, kulit pun tidak kusam lagi dan tidak akan berlaku lagi masalah pori-pori terbuka. Skin Potion Serum (water based) pulak membantu untuk mencerahkan dan menyihatkan kulit. Kulit pun rasa segar sahaja apabila disapu SPS ini. Tetapi SPS ini belum keluar lagi. Hanya ada pek percubaan sahaja.

 

IKLAN

 

4. Moisturiser

Pelembap wajah atau moisturiser boleh guna brand Honey Bee Vanom. Tekstur pelembap wajah ini lembut dan bau wangi. Pelembap wajah berfungsi untuk melembapkan kulit wajah. Kalau jenis kulit berminyak, cari yang lightweight ataupun gel texture jika tidak mahu berminyak sangat. Apa-apa hydrating toner/essence pun boleh guna juga. Untuk kulit kering cari yang kri seperti Honey Bee Vanom ini.

5. Sunblock

Sunblock boleh pakai Eversoft. Teksturnya tidak terlalu melekit Kulit kita perlu pakai sunblock jika tidak mahu sunburn/gelap/hitam, kulit berkedut dan nampak tua. Sunblock juga mencegah daripada berlakunya pigmentasi/jeragat. Kebanyakan punca utama jeragat ialah disebabkan kerana tidak memakai sunblock.

Selalunya ketika usia muda tidak nampak sangat. Apabila sudah berusia barulah ia semakin ketara. Sunblock yang sesuai untuk kegunaan harian adalah SPF30-SPF50 sudah cukup. Walau pun kita pakai losen pelembap wajah bedak asas yang ada SPF, tapi tetap juga perlu pakai sunblock untuk perlindungan maksimum.

IKLAN

Untuk suplimen, boleh amalkan Blackmores vitamin E. Selain menjaga luaran, dalaman pun kita mesti jaga. Vitamin E ini sangat baik untuk kulit kita. Ia membantu untuk mempercukupkan zat-zat yang kurang dalam badan kita.

Paling penting amalkan minum air putih sehari 2-3 liter. Jika mahu kulit cantik banyak-banyakkanlah minum air putih. Inilah antara senarai yang sesuai digunakan untuk penjagaan kulit wajah.

Apabila kita mengamalkan perawatan kulit wajah secara rutin dan disiplin setiap hari sukar untuk kulit kita ditumbuhi jerawat, kulit kusam, jeragat dan sebagainya. Dan bagi mereka yang mengalai kulit breakout boleh cuba perawatan yang dikongsikan ini.

HIJABISTA: Paling penting pastikan anda membersihkan solekan pada wajah sebelum masuk tidur. Jangan sesekali tidur dala keadaan wajah yang masih bermekap. Hal ini kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan masalah jerawat tetapi untuk jangka masa panjang akan menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya.

Sumber kredit: Gilrs List Store

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI