Kecantikan

Nak Cantik Beli Je Produk Di Drugstore, Confirm Selamat, Doktor Ini Pesan Jangan Terpedaya Dengan Kosmetik Overclaim

Share

Tidak dinafikan sekarang ini pelbagai promosi dibuat oleh syarikat yang mengeluarkan barangan kecantikan. Melabelkan produk mereka yang terbaik dan tidak meninggalkan kesan sampingan antara fakta popular dalam melariskan produk mereka.

Namun begitu ada antara fakta diberikan hanya sebagai penyedap kata dan bertentangan dengan perkara sebenarnya. Perkara ini dijelaskan oleh pengamal perubatan Dr Rusyainie Ramli yang berkongsi di laman sosial facebook miliknya.

Menurutnya beliau bukanlah seorang jurumekap atau kakak mengandam, tetapi menjelaskan beberapa fakta sebenarnya dalam rutin penjagaan solekan harian.

Katanya lagi sebagai seorang wanita dan juga bermekap, memadai cukup menggunakan bedak asas yang dijual di farmasi atau drugstore. bukan sahaja harga mampu milik tetapi juga terbukti selamat.

Baca perkongsiannya di sini.

Hairan dengan iklan yang ditawarkan

Saya bukan jurumekap atau kakak mengandam. Tapi kan bila saya tengok iklan ni, saya kehairanan dan kepelikan.

Ni iklan bedak asas atau foundation. 
1. Betul ke foundation boleh mengecutkan jerawat, menghilangkan parut? Apa kandungan dia ya? Sebab kalau ada bahan aktif, dah tak boleh bawah kosmetik. Ianya mesti di bawah ubat berdaftar. Lagipun, bedak asas yang saya pakai, dari jenama terkemuka pun tak mampu nak buat macam tu. Kosmetik kan. Hebat betul formulari dia. Foundation saya tu hanya boleh tutup sikit la parut atau kesan jeragat. Bukan menghapuskan. Basuh bedak asas tu, nampak la segala cela di muka kan. Nak bagi tak nampak kena pakai concealer. Frasa-frasa dalam iklan ni mengelirukan la.

2. Sebelum pakai foundation, kena lah buat penjagaan kulit yang rutin. Lepas tu baru pakai makeup base. Kemudian baru letak bedak asas. Bukan begitu ke? Iklan ni kata tak payah letak apa-apa krim pun. Saya tak mengerti apa maksud dia.

Mana boleh sama warna dan tona bedak asas

3. Bedak asas ni 1 warna dan tona saja. Lagilah keanehan. Kulit kita ni kan macam-macam warna dan tona. Takkan lah 1 tu sesuai untuk semua wanita. Saya ni cokelat kelam. Mana boleh sama warna dan tona bedak asas dengan Dr. Sakinah yang putih melepak. Kalau saya pakai foundation ni boleh jadi macam tepung gomak jadinya.

4. Mengawal kulit berminyak? Saya mungkin salah, tapi setahu saya foundation biasanya kalau dah disapu pada muka, kita berpeluh dan muka kita macam mana pun akan nampak berminyak. Bedak asas ni seakan satu lapisan atas muka yang menutup pori-pori kat muka. Saya tak pernah tahu pula yang bedak asas boleh buat tu. Bukan ke pelembab kulit kita yang bersesuaian sepatutnya buat begitu. Ke pemahaman saya selama ni tak betul?

5. Muka memang berseri la dah pakai mekap. Itulah tujuan kita bermekap. Aduh. 

6. Bedak asas ni katanya tak ada bahan kimia. Ya Allah. Hish. Air pun bahan kimia la. Jangan lah sampai begitu dangkalnya asas sains. 

Harga jualan sangat mahal

7. Produk ni ada nombor NOT. Bermakna ia telah termasuk dalam senarai kosmetik KKM tetapi ia bukan bermaksud yang ia mendapat kelulusan KKM. Sistem notifikasi kosmetik hanyalah satu cara di mana pemilik produk menghantar maklumat kepada KKM yang mengakui kosmetik dia selamat. Betul ke tidak? Wallahualam. Tapi sebab tulah KKM buat post marketing surveillance di mana produk ni boleh diambil secara rawak di pasaran dan diujikaji kandungannya sekiranya sesuatu produk itu diragui keselamatannya.

8. Akhir sekali, harga foundation ni mak ai sungguhlah mahalnya. Jenama yang saya guna RM209 untuk 30ml. Tu dah kira antara yang paling tinggi dalam jenama foundation. Tapi yang ni, 5ml saja RM89! Pengsan . Mahal kan? Mungkin la sebab ada 15 kelebihan bedak asas ni, maka harganya begitulah. Cuma, kenapa jenama yang ada makmal research & development tak beli formulasi yang begini punya gah hasil keluaran tempatan?

Kalau tanya saya secara peribadi, sebagai wanita yang pakai mekap, dan bukan sebagai doktor, saya cuma pilih bedak asas yang ada di farmasi terkemuka, kalau bajet tu terhad. Sebab dekat Watson dan Guardians, banyak jenama yang terbukti selamat, tak buat overclaim melampau dan mesra pada poket.

IKLAN