
- Pasti ramai di antara kita yang mempunyai masalah kulit kering. Mesti stress kan apabila kulit tak sihat, mekap pun jadi serba serbi tak kena. Kalau nak kulit yang cantik dan sihat, ia mestilah bermula dengan asas penjagaan yang betul. Sebelum kita merawatnya, mari kita kenal simptom kulit kering itu melalui thread di twitter yang dikongsikan oleh @isitinadiah.
Kulit kering ini ada dua jenis tau, ada yang disebabkan kekurangan air dan kekurangan minyak semulajadi. Bila tubuh kita dihidrasi, tubuh kita kan menghasilkan lebih banyak minyak. Jadi, ia perlulah ada keseimbangan minyak dan air dalam badan. Lebihan minyak akan menghasilkan lebih banyak jerawat.
Antara simptom yang menunjukkan kulit kita tidak cukup air (dihidrasi) dan kekurangan minyak (sangat kering).
Ini adalah faktor mengapa terjadinya kulit kering. Kena amalkan diet pemakanan yang betul juga tau kerana ianya turut mempengaruhi keadaan kulit kita.
Seiring dengan usia yang semakin bertambah, kulit kita akan kurang menghasilkan minyak. Cuaca yang sangat sejuk juga boleh menyebabkan badan kita menghasilkan minyak. Tidak ‘exfoliate’ dengan baik juga boleh menyebabkan pori tersumbat dan apa-apa sahaja produk kecantikan yang kita pakai tidak akan diserap dengan baik.
3 asas penting untuk kulit kering
Hidrasi- dapatkan mineral dan nutrisi yang betul untuk kulit
Melembapkan- gunakan produk yang betul mengikut kesesuaian jenis kuit
Kunci kelembapan- bagi memastikan kelembapan kulit terus kekal
Jika tidak tahu apa yang hendak digunakan, inilah produknya!
Kalau kurang air, apa yang perlu kita lakukan?
Lemon dan madu sangat bagus tau untuk kulit jenis kering.
Jangan kerap melakukan perkara ini jika kulit kekurangan air atau minyak.
TIdak kisahlah kulit kering jenis apa pun, mendapat tidur yang cukup itu adalah kuncinya untuk kulit sihat lebih-lebih lagi pada waktu yang tepat iaitu 11 malam hingga ke 2 pagi.
sumber: @isitinadiah
Elak Solekan Bercapuk, Jangan ‘Tangkap Muat’ Pilih Bedak Asas

Kebanyakan wanita menggunakan bedak asas dalam solekan harian namun berapa ramai yang tahu secara tepat kod ton atau jenis bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah mereka.
Amat penting untuk mengetahui jenis bedak asas yang sesuai bagi membolehkan sapuan tepat dilakukan pada wajah selain mengelakkan penampilan kelihatan janggal, terlalu gelap atau terlalu cerah.
Ada tiga jenis bedak asas iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat.
Bedak asas cecair adalah paling popular kerana ia bersifat lembut, paling mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering.

Bedak asas krim pula sesuai untuk kulit bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Walaupun bedak asas jenis ini sedikit pekat, ia mudah dipakai.

Elakkan memakai secara berlebihan kerana ia mudah diserap terus oleh kulit. Wanita dinasihatkan menyapu bedak asas secara berhati-hati bagi mengelak warna kulit menjadi tidak sekata.
Bedak padat pula sesuai untuk semua jenis kulit normal dan sedikit berminyak. Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampur dengan bedak lain kerana ia gabungan bedak asas dan bedak.

CARA PILIH BEDAK ASAS
*Pilih bedak asas paling hampir dengan ton kulit supaya wajah tidak bertompok atau kelihatan lebih putih dan gelap daripada ton sebenar.
*Cuba dahulu untuk melihat kesesuaian pada kulit. Elakkan membeli menerusi dalam talian kerana warna yang ditunjukkan tidak sama dengan warna sebenar kecuali sekiranya anda mengetahui kod warna.
*Sapukan pada bahagian kulit wajah dan bukan di kulit tangan kerana warna kulit belakang tangan tidak sama dengan rona sebenar wajah anda.
*Pilih rona yang seakan-akan sama dengan kulit atau sedikit cerah. Namun bagi yang kurang arif, pilih bedak asas sedikit kekuningan kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit.
*Bagi wanita berkulit cerah, pilih bedak asas sedikit merah jambu, wanita berkulit gelap digalakkan memilih bedak asas coklat atau tembaga manakala mereka yang berkulit perang sesuai memakai bedak asas coklat keperangan.“

TEKNIK SAPUAN TEPAT
Ramai wanita memilih menggunakan berus atau span, namun ada juga yang selesa menggunakan jari.
*Apa juga yang digunakan, pastikan wajah bersih daripada peluh dan minyak bagi mengelak solekan tidak tahan lama disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata.
*Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar atau ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga pelupuk mata bertujuan memberikan kesan sekata.
“Sapuan yang betul perlulah dengan cara ke atas atau menarik ke arah luar kiri dan kanan dan bukan menarik ke bawah bagi mengekalkan awet muda.
TIP SAPUAN BEDAK ASAS
*Gunakan span atau hujung jari. Jika inginkan sapuan nipis tetapi menggunakan bedak asas yang tebal, basahkan span dengan pelembap atau sedikit air.
*Gunakan penyamar noda terlebih dulu terutama untuk parut, kesan jerawat atau bintik hitam, selepas itu sapu bedak asas supaya seimbang.
*Lindungi mata yang sembap dengan sapuan bedak asas di sekitar mata. Gunakan warna yang lebih cerah kemudian ratakan.
Sumber kredit: Harian Metro
Ingatkan ‘Filter’ Tapi Rupanya Mekap, Hasil Karya Kemerdekaan MUA Bellaz Jadi Perhatian Ramai

Semangat patriotik jelas terlihat di semua hati rakyat Malaysia setiap kali bulan Ogos menerpa. 31 Ogos lepas menjadi sambutan kemerdekaan yang ke-65 buat Malaysia dengan tema Keluarga Malaysia.
Pada bulan kebangsaan ini juga kita banyak memperlihatkan sambutan rakyat Malaysia yang cukup menggalakkan apabila ramai yang berhias dengan Jalur Gemilang tidak kira di rumah, kereta, malah juga pada busana. Ada juga yang sangat kreatif sehinggakan membuat satu ‘karya’ di muka yang di sangkal sebagai ‘filter’.
Di sangka ‘filter’ tapi sebenarnya mekap yang cantik dan unik!
Ramai pengguna media sosial telah menunjukkan semangat patriotik dan cinta akan negara dengan hiasan Jalur Gemilang di letakkan pada kereta, rumah, serta pada pakaian. Tidak juga melepaskan peluang, influencer serta jurumekap yang cukup di kenali sebagai MUA Bellaz menarik perhatian orang ramai dengan mekap tema merdeka kali ini.
MUA Bellaz atay nama sebenarnya Nur Nabilah Zulyadaini, 28, berasal dari Kedah itu tidak mengecewakan ramai orang dengan hasil mekap yang cukup kreatif. Solekan yang di hasilkan MUA Bellaz sering di kongsikan olehnya di sosial medianya yang menjadi kegemaran tontonan orang ramai.
Menerusi perkongsian video mekap bertemakan kemerdekaan oleh MUA Bellaz di TikTok, ramai yang sangat teruja melihat hasil darinya. Ramai peminat yang mengikuti MUA Bellaz juga terdiri dari golongan wanita.
@muabellaz Replying to @nurulnorshahirahh ♬ original sound – muabellazz
Video yang di buat oleh Bellaz menunjukkan hasil solekan yang cukup kreatif dan luar dari kebiasaan yang sering dia lakukan. Bellaz cukup terkenal dengan gaya mekap persis wanita arab dan natural look itu sangat mengejutkan orang ramai dengan bakat yang dia miliki. Bellaz juga tidak sahaja menunjukkan hasil solekannya sahaja, dia juga ‘miming’ dengan lagu Jalur Gemilang yang menunjukkan lagi rasa cinta pada negara.
Artikel berkaitan: Bergaya Menggunakan Bendera Sebagai Tudung, Tanda Anda Tidak Peka Tentang Etika Hormati Jalur Gemilang
Agaknya berapa lama masa di ambil oleh Bellaz
Ramai yang ketahui bertapa aktifnya MUA Bellaz di sosial media. Dia juga sangat rajin untuk membuat live di laman sosial medianya sama ada di Facebook mahupun TikTok. Rata-rata pasti akan gembira melihat celotehnya sambil berkarya untuk menghasilkan mekap yang cukup cantik.
Melihat pula ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa bangga dan teruja melihat bakat Bellaz yang boleh menghasilkan satu mekap yang cukup kreatif ini. Bahkan, ada juga yang sangkal ia merupakan ‘filter‘ yang di pakai olehnya.
Lihat ramai yang begitu teruja dan kagum dengan hasil yang lain dari kebiasaan yang MUA Bellaz tampilkan bagi menunjukkan semangatnya menyambut kemerdekaan. Ada juga yang teringin untuk lihat ‘behind the scene‘ solekan yang MUA Bellaz lakukan ini, mungkin makan masa yang agak lama untuk hasilkan karya seperti ini.
Semangat kemerdekaan dan patriotik patut di semat dalam hati semua lapisan masyarakat di Malaysia bagi menghargai jasa negara kepada kita. Ramai yang cukup kreatif dalam ekspresi jiwa kemerdekaan melalui karya-karya yang menarik seperti MUA Bellaz. Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-65 Malaysia!
Sumber: MUA Bellaz
Artikel berkaitan: Seni Dan Budaya Membentuk Trend Di Peringkat Global, Merdeka Duck 14 Lukisan Pratriotik Di Setiap Helaian Tudung
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Impikan Pipi Merah Jambu Dan Kulit Cerah, Buat Sendiri Gel Muka Ubi Bit. Mudah & Selamat!

Tidak kira betapa baiknya produk penjagaan kulit atau solekan yang anda gunakan, ia masih mengandungi beberapa bahan kimia yang semakin kurang anda gunakan, kulit anda akan menjadi lebih sihat. Tetapi jika anda menggunakan bahan semula jadi, kulit anda akan menjadi lebih sihat.
Setiap daripada kita berbeza, begitu juga kulit dan keperluannya. Tetapi anda boleh menyesuaikan remedi kecantikan DIY mengikut masalah kulit. Dan jika anda ingin mendapatkan pipi merah jambu secara semulajadi, ini rahsianya. Gel bit yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan kulit yang jelas merah jambu. Menggunakan gel Ubi bit DIY ini di rumah dengan kerap akan membantu anda mencapai kulit yang cantik secara semula jadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kebaikan gel ubi bit 
- Gel bit menjadi popular kerana profil penjagaan kecantikan mengandungi vitamin C yang mempunyai ciri-ciri bermanfaat seperti anti-penuaan, rawatan jerawat, pencerahan kulit dan sebagainya.
- Gel ini sarat dengan antioksidan dan berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kesihatan kulit juga menghilangkan jeragat dan jerawat.
- Jika kulit kering, kusam dan gatal menjadi kebimbangan anda, jangan cari lebih jauh daripada gel ini. Gunakan gel ini setiap hari untuk melembapkan kulit anda supaya kelihatan lebih gebu, lembut dan lebih muda.
- Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ubi bit boleh memberikan anda pipi merah jambu kemerah-merahan semula jadi dan ia juga menghalang pigmentasi kulit.
- Gunakan gel ini setiap hari untuk menjadikan kulit anda licin seperti mentega tanpa rasa berminyak. Ia menawarkan kilauan semula jadi pada kulit anda.
Cara membuat Gel Ubi bit
Bahan-bahan:
- Serbuk ubi bit – 1 sudu teh
- Gel aloe vera – 4 sudu besar
- Minyak pati pokok teh (pilihan)
- Minyak Pati Lemon
Cara penyediaan:
- Satukan serbuk ubi bit dan gel Aloe vera bersama-sama dalam mangkuk. Campurkan ia sehingga gel licin kelihatan licin.
- Tambah beberapa titis minyak pati pokok teh, minyak pati lemon dan gaul sebati. Pindahkan gel bit ke dalam bekas kaca kosong untuk kegunaan semasa.
Cara menyimpan:
Simpan gel ubi bit dalam balang kaca dan letakkan di dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan sehingga 30 hingga 45 hari.
Cara penggunaan:
- Ambil sedikit gel ubi bit di tapak tangan anda dan gosokkannya perlahan-lahan pada kulit. Gunakan setiap hari untuk menghapuskan beberapa masalah kulit seperti bintik hitam, kulit kusam dan kedutan.
- Anda juga boleh menambah ½ cawan air aloe vera atau air mawar ke dalam gel ini dan menyimpannya dalam bentuk kiub ais. Gunakan 1 kiub ais aloe ubi bit setiap hari. Gosok pada kulit anda untuk membuang sel kulit mati, mengecutkan jerawat dan mendapatkan kulit cerah merah jambu serta-merta.
Nota: Dalam kes itu, anda perlu membuat gel ubi bit setiap hari kerana aloe vera asli tidak akan bertahan lama kerana ia tidak mempunyai bahan pengawet. Sebaliknya, anda boleh mendapatkan gel aloe vera lutsinar di pasaran dengan bahan pengawet.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe