Sumber vitamin C amat penting untuk memastikan kesihatan kulit terus sihat dan berseri. Vitamin C juga dapat memudarkan parut serta dapat mengurangkan masalah jerawat. Malahan, vitamin C juga membantu untuk kulit wajah tampak muda dan mengelakkan masalah kusam.

Sumber gambar: Medium

Bukan sahaja lemon dan limau, ada banyak pilihan buah yang anda boleh amalkan yang mempunyai banyak sumber Vitamin C! Nak tahu apa dia? Jom baca!

  1. Kiwi
Sumber gambar: Laker

Sekali pengambilan dua biji buah kiwi bersamaan dengan 128mg vitamin C. Buah ini juga kaya dengan kandungan copper, potasium dan serotonin yang mana sejenis hormon yang menolong anda untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

2. Mangga

Sumber gambar: Ron Lach

Sebiji buah mangga mengandungi 122mg vitamin C. Buah tropika ini juga mengandungi bahan antioksidan yang membuatkan mata kita sentiasa sihat.

IKLAN

3. Nenas

Sumber gambar: Polina

Selain mengandungi 79mg kandungan vitamin C, buah tropika ini juga mengandungi bromelain yang mana baik dalam melancarkan sistem pencernaan dan mengurangkan masalah kembung perut. Ia juga adalah salah satu bahan semula jadi anti-radang dan membantu menyusutkan bengkak akibat workout atau kecederaan.

4. Betik

IKLAN
Sumber gambar: Any Lane

Buah betik mengandungi 95mg vitamin C dan dalam masa yang sama membantu menguatkan tulang, mengurangkan masalah radang, mencerahkan kulit dan menghilangkan masalah sinus.

5. Cili benggala

IKLAN
Sumber gambar: Media Permata

Merah, hijau dan kuning, masing-masing mengandungi lebih tiga kali ganda vitamin C dari sebiji buah oren. Namun, setiap rona cili benggala mempunyai perbezaan amaun vitamin C yang mana rona hijau sebanyak 95mg, rona merah 190mg dan kuning pula sebanyak 341mg.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI