Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk perawatan kulit wajah. Jika tersalah memilih produk, kulit anda akan menjadi semakin berminyak.
Di samping pemilihan produk, langkah perawatan wajah yang salah juga menjadi penyebab kulit wajah jadi lebih berminyak. Seperti yang anda ketahui apabila kulit jadi semakin berminyak maka kulit akan terdedah dengan pelbagai masalah terutama masalah jerawat.
Berikut dikongsikan beberapa kesalahan yang sering kita lakukan terutama bagi mereka yang memiliki kulit berminyak.
MENCUCI WAJAH TERLALU KERAP
Mungkin anda selalu terfikir, perbuatan mencuci kulit wajah dengan kerap akan menjadikan anda lebih segar dan bebas dari masalah jerawat. Ada yang beranggapan bahawa dengan kerap mencuci wajah, minyak berlebihan pada kulit wajah yang selalunya menyebabkan masalah jerawat anda akan dapat di atasi.
Sebenarnya mencuci muka terlalu kerap akan menghilangkan minyak semula jadi yang diperlukan kulit sebagai perlindungan. Cuci wajah anda maksimum dua kali sehari, pagi dan malam dengan menggunakan pencuci muka yang lembut.
SERING MENUKAR PRODUK PERAWATAN KULIT WAJAH
Terlalu kerap menukar produk penjagaan kulit wajah boleh membuatkan kulit anda mengalami alahan. Sekiranya anda merasa tidak selesa menggunakan sesuatu jenama produk kecantikan yang anda gunakan, anda harus lebih fokus pada penjagaan kulit yang asas seperti pembersih, peneyegar, pelembap dan pelindung matahari.
Di samping itu, kesalahan-kesalahan lain merawat wajah sehingga kulit menjadi lebih berminyak ialah seperti seperti pola makan yang tidak sihat, tubuh yang kurang terhidrasi, pengambilan gula yang berlebihan, menggunakan produk komedogenik, pengelupasan kulit secara berlebihan, kurang rehat, tekanan yang berlebihan, dan tidak bersenam.
MENGGGUNAKAN PENCUCI MUKA JENIS SKRUB
Menggunakan pencuci muka jenis skrub untuk kulit berminyak sebenarnya akan merosakkan barrier (pelindung) kulit anda. Sebaiknya gunakan pencuci muka lembut yang tidak merosakkan barrier kulit. Dicadangkan untuk anda menggunakan toner eksfoliasi. Ia lebih mudah menyerap ke dalam lapisan kulit dengan lebih efektif mengangkat sel-sel kulit mati berbanding menggunakan pencuci muka jenis skrub.
TIDAK MENGHIDRAT KULIT DENGAN BAIK
Walau pun anda memiliki jenis kulit berminyak, ia tidak bermaksud anda tidak perlu menggunakan hydrating toner dan moisturizer. Apa sahaja jenis kulit anda, penghidratan sangat penting. Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, gunakan hydrating toner. Lanjutkan dengan pemakaian pelembap wajah bagi mengunci kelembapan. Ia bertujuan mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan yang boleh mencetuskan bakteria penyebab berlakunya jerawat.
TIDAK MENGGUNAKAN SUNSCREEN/SUNBLOCK
Tidak kira keadaan kulit dan jenis kulit anda, penggunaan sunscreen/ sunblock sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum keluar rumah amat penting. Ada banyak masalah kulit yang akan anda alami jika anda tidak menggunakan sunscreen/sunblock. Antara masalah kulit yang anda akan alami ialah seperti pigmentasi, garis halus pada wajah dan masalah lain yang disebabkan oleh sinar UV dan radikal bebas. Bagi anda yang mempunyai jenis kulit berminyak, anda harus memilih sunscreen/sunblock yang ringan, bebas minyak, dan tidak komedogenik.
HIJABISTA: Pemilihan produk perawatan kulit wajah harus dilakukan dengan teliti. Jika hendak menukar sebarang jenis produk perawatan kulit wajah, buat sedikit ‘kajian’ terlebih dahulu. Jika tersalah menggunakan sesuatu jenis produk, kulit akan mengalami alahan, tumbuh jerawat, gatal-gatal dan sebagainya.
Sumber kredit: Top image: Photo by cottonbro from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI