Tidak kira wanita mahupun lelaki, semuanya mengidamkan kulit wajah yang gebu, cerah dan glowing. Maka sebab itulah ramai yang selektif dalam memilih produk perawatan kulit wajah. Malah ada yang sanggup mengeluarkan bajet yang tinggi setiap bulan semata-mata untuk membeli produk perawatan kulit wajah.

Sebenarnya kita boleh sahaja mengamalkan tip perawatan kulit wajah dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Bukan tidak boleh menggunakan produk-produk perawatan wajah yang ada dijual di pasaran namun tidak salah mencuba perawatan kulit wajah menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Berikut perkongsian seorang jejaka, Nauf Safuan tentang perawatan kulit wajah menggunakan madu dan yogurt.

Cerahkan kulit wajah secara semula jadi. Boleh buat setiap hari petua ini kalau mahu kulit cerah dan kesan terbaik. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak dan biasanya ada sahaja di dapur.

BAHAN-BAHAN:
Yogurt perisa asli dan madu.
Yogurt 3 sudu dan 1 sudu madu.

IKLAN

CARA-CARA:
1.Gaulkan yogurt dengan madu sehingga rata.
2. kemudian sapu rata pada seluruh wajah.
3. Biarkan sehingga kering dalam 20 minit.
4, Bilas sehingga besih.

IKLAN

 

 

IKLAN

FUNGSI YOGURT DAN MADU:
*Melembabkan wajah
*Mencerahkan kulit
*Menanggalkan sel kulit mati
*Merawat kulit terbakar akibat sunburn
*Mengecutkan jerawat
*Memudarkan parut

HIJABISTA: Bahan-bahan semula jadi memang bagus untuk kulit wajah. Amalkan secara rutin dan anda akan nampak kesannya tanpa perlu risau tentang kesan sampingan. 

Sumber kredit: Nauf Safuan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI