Sebenarnya tidak susah pun hendak tampil cantik secara semula jadi. Hanya gunakan bahan alami. Anda tidak perlu keluarkan bajet yang banyak.

Hasilnya akan buat wajah kusam jadi berseri-seri. Tetapi apa yang penting adalah disiplin. Harus rajin mengamalkannya setiap masa untuk kekal cantik dan berseri.

Berikut ENAM bahan alami yang boleh membantu anda tampak lebih berseri-seri. Ayuh jom kita cuba amalkan!

IKLAN

Serbuk Teh

Kepada penggemar teh, anda jangan buang sisa serdak teh kerana sisa teh tersebut boleh dijadikan masker. Ia dapat mengembalikan kulit wajah kita supaya tampak sihat dan segar-bugar.

Kulit Buah Oren

Sebenarnya kulit oren boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Hanya dengan menggosokkan kulit oren tersebut pada gigi, InsyaAllah gigi kita akan terlihat lebih bersinar. Oleh itu, selepas mengupas kulit buah oren nanti, usahlah dibuang, ya!

IKLAN

Madu

Ketahuilah madu juga dapat menghilangkan masalah bekas jerawat. Ratakan masker madu pada kesan jerawat, tunggu selama lima minit dan cuci. Amalkannya seminggu dua kali. Pasti mustajab.

Kayu Manis

Anti jerawat? Gunakan serbuk kayu manis yang dibancuh dengan air suam dan sapukan di kawasan jerawat dengan rata biarkan sehingga lima minit. Insya-Allah jerawat tersebut akan mengecut pada kadar lebih cepat.

IKLAN

Aloe Vera

Cara untuk melebatkan bulu kening ialah dengan meramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam; pasti kening anda akan kelihatan lebih lebat dari sedia kala jika sering diamalkan.

Tomato

Ambil buah tomato dan sapu pada kulit wajah menjelang waktu pagi dan malam. Kulit wajah lama-kelamaan akan menjadi lebih licin dan halus.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI