Aterosklerosis ialah keadaan dimana plak lemak dan kolesterol yang terkumpul menyebabkan pembuluh darah (arteri) menjadi sempit dan menganggu aliran darah ke jantung. Kesannya, ia akan menyebabkan iskemia. Apabila bekalan oksigen terhenti, maka penghidap boleh diserang serangan jantung dan akhirnya membawa kepada kematian. 

Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sekitar 9% atau 4000 dari 50 000 pesakit dirawat di hospital kerajaan meninggal akibat aterosklerosis pada tahun 2004 berbanding dengan kematian akibat kanser sebanyak 7%. Jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa dan amat membimbangkan. 

2 dari 3 orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan yang sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, masalah kolesterol dan diabetes. 

IKLAN

Sumber gambar: NJ Cardiovascular

Antara fakta yang kamu harus tahu tentang sakit jantung adalah:

IKLAN
  1. Mengikut kajian, sebanyak 55% pesakit yang mendapat serangan jantung tidak sempat untuk sampai ke hospital .

2. 10% hingga 15% pesakit mati walaupun sempat sampai ke hospital.

3. Kajian menunjukkan, rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung adalah 5 tahun muda dari negara Thailand dan Singapura.

IKLAN

4. Tahap kolesterol yang disarankan adalah di bawah 200 mg.

5. Kolesterol LDL – di bawah 70 mg untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Tahap bawah 100 mg jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.

6. Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Para HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI