Ramai yang menggunakan produk kolagen di Malaysia. Kebanyakkan pengasas produk mendakwa produk mereka mengandungi kolagen (tiada spesifik jenis kolagen) serta bahan-bahan tambahan seperti vitamin C, vitamin E dan sebagainya. 

Sumber gambar: Nutrition Action

Hal ini amat membimbangkan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pengguna sama ada lelaki mahupun wanita. Tambahan pula, hari ini ramai yang ingin tampil cantik dan menyebabkan produk kolagen ini menjadi pilihan utama untuk tampil berseri walaupun ia bileh memberi kesan buruk kepada tubuh badan.

IKLAN

Menurut Dr Hazzem Hashim, Doktor Klinik Dermalene Kota Bharu, tiada data klinikal membuktikan kolagen secara makan boleh membantu memberi kulit yang lebih cantik atau anjal.Tambahan,kolagen yang diamalkan, akan terurai dengan asid perut. 

Tambah beliau lagi, kolagen jenis lotion pula, molekulnya terlalu besar untuk menyerap masuk ke dalam lapisan dermis (lapisan kulit dimana kolagen berada). 

IKLAN

Sumber gambar: Nuzest

Setakat ini, tiada bukti klinikal dari segi kolagen dalam bentuk oral atau topikal dapat membantu mencantikkan kulit. Dari sudut perubatan, kecerahan kulit seseorang bergantung kepada jumlah melanocytes serta melanin individu tersebut. 

IKLAN

Melanocyte merupakan sel yang menghasilkan melanin (pigment warna). Kolagen berfungsi sebagai “gam”,yang memegang & memberi keutuhan struktur kulit, jadi, kolagen lebih kepada keanjalan muka, bukan memberi kesan kepada kecerahan tona kulit individu. 

“Supplement seperti kolagen tertakluk di bawah akta supplement (makanan tambahan). Ia tidak memerlukan syarat seperti ubat (perlu dibuktikan selamat keatas manusia sebelum dipasarkan). Jadi, kesan sampingan bagi mereka yang mengambil kolagen adalah bergantung kepada bahan yang digunakan. Malah supplement secara umum, boleh memberi risiko kesihatan kepada organ seperti hati dan buah pinggang”. 

Sebagai tambahan info, untuk kaum lelaki pula, pengambilan produk kolagen yang mengandungi unsur (feminization phenomenon) boleh menaikkan hormon estrogen
dan menyebabkan lelaki menjadi lembut. 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI