Seperti yang kita ketahui, kerajaan tidak menggalakkan kita bercuti ke luar negara sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan lagi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang tidak ambil peduli dengan saranan itu apatah lagi harga tiket penerbangan yang dijual murah pada saat itu. Kini, mereka kembali pula ke tanah air dengan risiko dijangkiti covid-19 sebagai kluster ‘oversea’.
Perkara ini turut diketengahkan oleh Dr. Mohd Afiq di Facebooknya semalam. Katanya, sikap kluster ‘oversea’ ini sungguh berbeza jika dibandingkan dengan kluster tabligh yang lebih mudah memberikan kerjasama sebelum ini.
gambar hiasan
Ads
gambar hiasan
Kluster ini juga dikatakan terlalu ‘demand’ dan merungut dalam pelbagai perkara. Namun, beliau memberi kesimpulan bahawa bukan kesemuanya berperangai sedemikian.
Selebriti dan pempengaruh Indonesia, Ria Ricis akhirnya berjaya merealisasikan impiannya apabila kini menjadi pengasas tadika dan turut bergelar tenaga pengajar. Menurut Ria Ricis, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki tadika kerana sering menjaga anak saudaranya.
“Tujuannya untuk merealisasikan impian yang sudah lama terpendam. Saya sudah lama ingin memiliki sekolah,” ujar Ria Ricis.
Sebelum mendirikan sekolah, Ria Ricis terlebih dahulu membina taman permainan.
“Dah lama (saya nak buat sekolah). Saya selalu menjaga (anak Oki). Jadi di rumah juga ada beberapa taman permainan,” tambahnya.
DIURUSKAN BERSAMA ADIK BERADIK
Tadika yang diasaskan oleh Ria Ricis itu dinamakan Sekolah Islam Awal Kanak-Kanak TK Maha, di mana dia berkhidmat sebagai pengasas dan menguruskannya bersama adik beradik iaitu Oki Setiana Dewi dan Shindy.
“Saya ketua pengawas Yayasan MAHA. Kami bertiga berganding bahu menyokong yayasan ini. Kami harap anak-anak yang belajar di sini membesar menjadi berguna kepada orang lain.”
TURUT MENJADI TENAGA PENGAJAR
Bukan sahaja membina sekolah, Ria Ricis turut menjadi salah seorang guru di tadikanya. Mereka memasukkan kurikulum baharu khas.
“Selain kurikulum tahfiz dan bahasa, terdapat dwibahasa Inggeris, Indonesia, Arab dan bahasa ibunda,” jelas Oki Setiana Dewi.
Ria Ricis akan mengajar kurikulum baharu khas iaitu pusat seni lakonan yang memfokuskan penghasilan kandungan.
“Mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali saya ke sini,” kata Ria Ricis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fishcake atau kek ikan selalu dijadikan rencah untuk pelbagai jenis masakan. Sebagai bahan tumisan untuk mi goreng, bihun goreng, masakan tom yam, sup dan sebagainya.
Ada juga yang gemar menikmatinya begitu sahaja dengan cara menggoreng dan kemudian dicicah bersama sos cili. Memang sedap!
Kalau beli dikedai tentulah fishcake ini ada bahan pengawet. Apa kata anda cuba buat sendiri.
HOMEMADE FISHCAKE-NO MSG
Alang alang tu kita bagi resepi sekali yek
BAHAN-BAHAN:
500g isi ikan tenggiri (buang tulang,kulit)
3/4 air ais (anggaran)
4 sb tepung ubi
2 sb tepung jagung
1 sk lada sulah
3/4 sk garam
1 sb minyak masak
CARA-CARA MEMBUAT:
#1 Kisar isi ikan sampai hancur (saya guna blender kering)
#2 Keluarkan isi ikan. Tuang air ais sikit demi sedikit. Gaul sampai sebati. Jangan terlampau lembik.
#3 Masukkan semua bahan yang lain. Gaul sebati. Uli adunan 4-5 minit (dengan tangan). Adunan memang lembik sikit dan melekat kat tangan.
#4 Lumur minyak pada permukaan dan sisi loyang. (Saya sapu sikit sangat, terpaksa potong dalam loyang ^_^)
#5 Tuang adunan dan padatkan dalam loyang. Nak bagi adunan atas licin cantik, ratakan dengan minyak sikit.
#6 Kukus 15 minit. Keluarkan dari kukusan, rehatkan 10 minit.
#7 Terbalikkan fishcake dan potong. Ikut la nak besar mana.
#8 Deep fry.
Kalau nak buat stok frozen, goreng kejap dan simpan.
Selamat mencuba.
Sumber kredit: Nur Asyikin Shokori
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.