Lama tidak mendengar khabar peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) musim pertama, Rosmayati Sidik atau lebih mesra disapa Rosma.

Makin sibuk dengan kehidupannya sebagai usahawan berjaya bersama suami, Rosma sempat berkongsikan kisah perubahan penampilannya yang semakin langsing di laman instagramnya.

“Semua orang boleh lakukan perubahan yang diimpikan.

IKLAN

“Kite ni pun sememeh je dulu. Orang katalah apa pun telan aje sbb apa..Dulu tak fikir nak ubah apa-apa.Temanya selesa katanya Bila ada kesedaran untuk berubah, terus buat tindakan.

“Dalam tindakan akan ada jatuh bangunnya,itu namanya proses.
Jika kita seronok dan penuh disiplinnya memupuk,menyemai,mengembangkan lemak di badan maka kita turut perlu seronok dan disiplin memupuk diri mengecilkan kembali lemak itu. Alasan itulah tembok yang perlu kita pecahkan.

IKLAN

“Jika kita ini tak pecahkan alasan untuk berubah dari tahun 2003, rasanya tak ada picture ini.
Hanya diri kita mampu lakukan. Ingat.. Selepas tindakan akan disusuli dengan proses,dalam proses baru nampak hasilnya sikit demi sedikit.
Jangan fikir hari ni buat,esok jadi mcm gambar kat sebelah. Memg idok le.”

View this post on Instagram

Semua org boleh lakukan perubahan yg diimpikan. Kte ni pun sememeh je dulu.Org katalah apa pun telan aje sbb apa..Dulu tak fikir nak ubah apa2.Temanya selesa katanya 😅😅 Bila ada kesedaran utk berubah,terus buat tindakkan. Dalam tindakkan akan ada jatuh bangunnya,itu namanya proses. Jika kte seronok dan penuh disiplinnya memupuk,menyemai,mengembangkan lelemak dibadan maka kita turut perlu seronok dan disiplin memupuk diri mengecilkan kembali lelemak itu.😁 Alasan itulah tembok yg perlu kte pecahkan. Jika kte ni tak pecahkan alasan utk berubah dari tahun 2003,Rasanya tak ada picture ini. Hanya diri kita mampu lakukan.Ingat..Selepas tindakkan akan disusuli dgn proses,dalam proses baru nampak hasilnya sikit demi sedikit. Jangan fikir hari ni buat,esok jadi mcm gambar kat sebelah.Mmg idok le 😆 #mssenaros #khairosma #fightobesity

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

IKLAN

Sebagai rekod, Rosma telah bernikah dengan Khai atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi yang juga teman seangkatannya dalam AF pada tahun 2008.

Pasangan selebriti ini dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia, 4 dan Nur Alya Dhania,1.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI