”Kirimkan Doa Buat Perjalanan Baharu Saya Nanti”- Kini Berpurdah, Ini Kenyataan Neelofa

Share

Teka teki mengenai penampilan berniqab selebriti terkenal, Neelofa,31, terjawab apabila beliau telah mengesahkan sendiri perkara tersebut melalui laman Instagramnya.

Beberapa minit yang lalu, Neelofa telah memuat naik kenyataannya ini di ruangan Instastory miliknya.

Dihujani ribuan ucapan tahniah daripada keluarga, sahabat handai serta para peminat, hos rancangan Next To Neelofa itu menzahirkan rasa terharunya apabila mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak mengenai perubahannya itu.

Keputusannya untuk berniqab ini sememangnya memberikan seribu satu inspirasi buat semua. Moga perjalanan Noor Neelofa akan terus diredhai Tuhan dan mendapat berkat daripadaNya. Amin!

IKLAN