Bawang putih memang menjadi ramuan yang menjadi penyedap masakan. Tumisan bawang putih mampu membangkitkan selera untuk menjamah makanan. Selain dijadikan bahan penyedap masakan, bawang putih juga memang banyak kegunaannya untuk kesihatan dan kecantikan.

Jika anda sedang mengalami batuk, anda boleh cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Akhi Muhd Fahmi. Bawang putih tidak perlu dibuang kulit. Basuh bersih-bersih.

Masukkan bawang putih apabila nasi agak-agak kering (letak di bahagian atas nasi). Tujuan kulit tidak perlu dibuang  ialah bagi mengelakkan bawang menjadi terlalu lembik. Bawang putih merupakan antibiotik semula jadi.

Jika diamalkan ketika batuk, ia mampu merawat batuk dengan berkesan. Walau bagaimanapun jangan makan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan badan menjadi panas. Cukup 2 hingga 3 ulas dalam sehari. Jika kanak-kanak cukup hanya 1 ulas sahaja. Rasanya seperti ubi rebus.

 

 

Selain itu juga, bawang putih juag sesuai dicampur dengan susu. Amalkan minum susu bawang putih. Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang lembut. Guna api perlahan. Tambah madu atau gula perang sedikit. Minum suam-suam. Bawang itu boleh dikunyah jika suka.

Silalah cuba, rasanya sedap sahaja. Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.

Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak. Elakkan guna susu tepung atau susu pekat manis. Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin, amalkan minum pada waktu pagi dan malam.

IKLAN

NUTRISI DALAM SUSU:

* Kalsium

* Vitamin D

* Mengandungi ketiga-tiga mikronutrisi – karbohidrat, protein dan lemak.

* Vitamin A, B,C D,E dan K,

* Potassium

* Fosfat

* Folate

IKLAN

* Zat besi

Photo by Charlotte May from Pexels

 

KHASIAT SUSU:

* Membantu mengawal tekanan darah

* Mencantikkan rambut dan kulit,

* Membantu imunisasi badan,

* Mmembantu proses penghadaman,

IKLAN

* Membantu tumbesaran yang sihat

* Baik untuk pembinaan dan ketahanan tulang dan gigi

KHASIAT BAWANG PUTIH

Mengatur kadar kolesterol – Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung. Bawang putih membantu mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuaan darah. Pengambilan hanya seulas bawang putih berkesan untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

• Memperkuat sistem kekebalan tubuh – Ia merupakan antibiotik semulajadi bertindak sebagai antibiotik yang dapat memusnahkan bakteria dan virus. Bagi mereka yang menghidap selesema, cirit- birit berdarah, taun dan penyakit lain yang berjangkit. Sekiranya anda mengalami jangkitan dlaam telinga, titiskan minyak bawang putih dan kesannya melegakan.

• Mencegah keracunan makanan – Bawang putih mengandungi ciri-ciri anti bakteria dan juga antivirus. Sebagai agen anti bakteria yang berbahaya kepada badan, pengambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadinya keracunan makanan.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

 

• Meningkatkan kekuatan tulang – Selain daripada pengambilanvitamin atau suplemen, makanan tambahan yang paling menjimatkan dan mudah didapati adalah mengambil bawang putih secara teratur yang mampu menambahkan tenaga fizikal dan daya kekuatan stamina seseorang.

• Mengurangkan kembung perut – Masalah angin dalam badan boleh membuat ketidakselesaan dan kembung perut. Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di bakar bersama kulitnya sehingga garing dan buang kulitnya untuk dimakan. Anda akan rasa legeaan dalam masa setengah jam.

• Meningkatkan keinginan seksual – Mereka yang mengalami masalah ereksi di galakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran alat kelamin.

• Melegakan kulat dan kegatalan – Bawang putih juga berupaya untuk melegakan gatal-gatal dan kulat pada kaki. Caranya hancurkan bawang putih dan masukkan ke dalambesen berisi air hangat dan rendamkan kaki.

Sumber kredit: Akhi Muhd FahmiAJ Idris via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI