Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ada pasang surutnya. Ada masa gembira dan adakalanya duka bagai putaran roda. Namun apabila sedang berduka tentunya jiwa terasa sedih dan sayu,
Dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan hidup yang kita lalui, kita hendaklah berfikiran positif, mengkaji dan menilai apa-apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita.
Selain muhasabah diri, pohonlah doa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita mengadu dan meminta.
Melalui perkongsian Nana Ismail di laman Facebooknya, wanita ini berkongsi doa-doa yang boleh diamalkan ketika berada dalam keadaan sedih dan susah.
TIP UNTUK LEBIH TENANG KETIKA BERADA DALAM KESUSAHAN:
Ads
1. Solat fardhu awal waktu. Dapat je notification masuk waktu atau dengar azan, terus stop semua kerja dan ambil wuduk.
2. Bangun awal jam 5 pagi. Buat tambahan solat sunat untuk nak lebih dekatkan diri kita kepada Allah swt. Antaranya solat sunat Tahajud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Fajar, solat sunat Isyraq dan solat sunat Dhuha.
Ads
3. Dari waktu subuh nak tunggu matahari terbit, boleh baca surah Yasin.
4. Wajib baca zikir setiap hari. Antaranya:
Ads
– Istighfar 101x (istighar yang penuh iaitu Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih
– Zikir Nabi Yunus 101x (La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zhalimin)
– Ya Allah 101x
– Selawat 101x
– Zikir Asmaul-Husna
5. Baca surah Al Fatihah untuk mak ayah, guru / mentor, dan orang yang kita tak kenal. Contoh dalam kereta, kita nampak ada orang sedang sapu sampah, terus niatkan dalam hati nak baca Al Fatihah untuk orang itu.
6.Akhir sekali untuk jadi orang yang tenang dan bahagia, sentiasa maafkan orang dan berkawan dengan semua orang. Akan ada orang yang datang dan pergi dalam hidup kita. Yang tak baik jadikan ianya sempadan dan yang baik jadikan ianya teladan.
Sumber kredit: Facebook Nana Ismail
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang tentu punya caranya sendiri untuk mengelola kewangan dari simpanan dan gaji yang dapat seharian. Ramai yang tidak sedar perbelanjaan yang berlebihan kadangkala mempunyai jalan buntu untuk menyelesaikan hal kewangan.
Namun, bila anda merasa stuck dengan cara yang yang biasa anda uruskan wang, tidak salahnya untuk mencuba tip mengelola kewangan dengan prinsip 10-20-30-40. Tip ini boleh diterapkan oleh semua golongan. Kunci keberhasilannya hanya satu, iaitu konsisten.
Jom cuba cari ini, pastikan pratik tiap-tiap bulan.
Berapapun pendapatan anda, usahakan untuk tetap berbuat kebaikan. Kebaikan disini jangan selalu diertikan untuk memberikan sumbangan atau derma yang besar.
Melainkan boleh dimulai dengan memberikan sedikit kepada orang tua, atau memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Jadi, ketika punya wang, sisipkan 10 peratus dari wang yang anda miliki untuk berbahagi pada orang lain.
Tip mengelola kewangan yang ini lebih ke arah masa depan. Idealnya, setiap orang ketepikan setidaknya 20 peratus dari pendapatan yang dimiliki untuk pelaburan, insurans, ataupun dana kecemasan. Jadi, bila anda waktunya anda memerlukan pengeluaran yang sifatnya darurat, maka anda boleh mengambil dana tersebut.
Ansuran produktif yang termasuk di dalam artikel ini adalah ansuran rumah, atau ansuran sewa rumah, ansuran kenderaan, atau peralatan keperluan wajib.
Hutang atau ansuran yang anda miliki adalah untuk pembelian aset yang sifatnya produktif, menyokong kerja, dan besarnya tidak melebihi 30% dari total pendapatan, maka masih dapat dikatakan wajar. Tip mengelola kewangan satu ini penting untuk diperhatikan. Jangan sampai ansuran produktif anda lebih besar dari jumlah pengeluaran keperluan belanja bulanan.
Peratus paling besar ini digunakan untuk memenuhi keperluan hidup seharian, termasuk pengangkutan, elektrik, telefon, air, kredit, makan, hobi, pakaian, dan sebagainya. Semua yang sifatnya keperluan pokok ataupun gaya hidup.
Ternyata setelah dihitung peratus seperti di atas pendapatan anda tetap tidak cukup untuk memenuhi keperluan, jangan risau. Anda boleh mencuba beberapa langkah di bawah ini:
Banyak orang menghabiskan wang lebih banyak dari kemampuannya, sehingga harus mulai memilih mana yang memang benar penting dan mana yang tidak perlu.
Dengan belajar mengendalikan keinginan, secara tidak langsung membantu anda untuk menghemat pengeluaran yang sebenarnya tidak perlu.
Bila semua sudah dilakukan dan masih tidak mencukupi, mungkin ini saatnya untuk anda meningkatkan pendapatan, misalnya dengan melakukan pekerjaan sampingan.
Kalau anda cermat, sebenarnya ada banyak sekali peluang pekerjaan sampingan yang boleh dicuba. Anda tinggal menyesuaikan kemampuan yang miliki dengan lapangan pekerjaan yang ada.
SUMBER: WEKE.ID
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Personaliti media sosial, Norreen Iman meluahkan rasa terharunya apabila dikurniakan sahabat sebaik Hazeman Huzir. Walaupun mereka tidak begitu rapat, namun tindakan Haze yang memberikannya hadiah istimewa amatlah mengejutkannya.
Mahu menjadi insan yang lebih baik, Hazeman atau lebih mesra disapa Haze yang kini lebih aktif di laman YouTube dengan berkongsikan kisah penghijrahannya dan juga aktiviti kemanusiaan telah menghadiahkan Norreen Al-Quran peribadi yang sering digunakannya.
Percaturan Allah itu memang indah. Jika Dia mahukan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia. Beruntunglah kita jika dikurniakan teman-teman yang baik dalam hidup.
Walaupun tidak rapat, namun kita tahu merekalah yang kita boleh harap disaat memerlukan dan juga menolong kita menuju ke arah kebaikan. Oleh itu, hargailah mereka yang ada di sisi anda dengan sebaiknya.
Sekitar tahun 90-an, Azmil Mustapha merupakan pelakon lelaki yang cukup dikenali di zaman itu. Arwah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira dua tahun yang lalu.
Ke mana tumpahnya jika tidak ke nasi. Bakat dalam dunia lakonan yang ada pada diri pelakon itu juga turut ‘diwarisi’ oleh anak perempuannya, Nur Alya Iman atau lebih dikenali dengan nama Alya Iman. Memulakan kerjaya sebagai model muslimah, gadis ini juga punya bakat dalam dunia lakonan.
Melalui posting yang dikongsi pernah dikongsikan di laman Instagramnya, nyata gadis ini rapat dengan arwah bapanya.
Ini antara posting Alya yang menggambarkan betapa gadis ini begitu menyayangi arwah bapanya.
Berkongsi foto bersama arwah bapanya ketika mengerjakan ibadah umrah tanpa ‘caption’ jelas menggambarkan perasaan kerinduan seorang anak terhadap bapanya. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah bapanya itu.
Alya juga pernah berkongsi foto dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati.
Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Alya turut berkongsi gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa dia begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya.
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting itu menyatakan bahawa dia masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
Menurut Alyah lagi, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
Kongsi Alya lagi, ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan memeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat, Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!