Bau busuk di ketiak seringkali terjadi kepada kita terutamanya saat kita di luar melakukan tugas harian kita. Bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan, ia barangkali akan memberi tekanan kepada mereka kerana secara tidak langsung, ia akan mengurangkan keyakinan diri juga membuatkan kita berasa tidak selesa. 

Terutamanya kaum wanita, apabila ketiak berbau, orang di sekeliling akan mula memandang serong terhadap mereka dan ini yang akan menjejaskan individu tersebut. Walaupun sudah menggunakan pelbagai produk di luar dengan menelan kos yang sangat besar, masih ada lagi sesetengah individu yang berhadapan dengan masalah ini. Ternyata, kos yang tinggi tidak juga menjanjikan kesan yang berkualiti.

Usah risau! Team Hijabista akan kongsikan kepada kamu bahan-bahan semula jadi yang boleh membantu kamu untuk melenyapkan bau busuk di ketiak.

1. CUKA EPAL

Sumber gambar: Healthline

Antara bahan semulajadi yang boleh menghilangkan bau busuk ketiak ialah dengan menggunakan cuka epal atau lebih dikenali sebagai‘apple cider’. Cuka epal mengandungi kandungan asid yang mampu untuk melenyapkan bau busuk ketiak.

Cara: Tuang cuka di dalam mangkuk. Celup bebola kapas dalam cuka dan sapu pada ketiak. Cara lainnya, kamu boleh bilas ketiak dengan cuka sewaktu mandi.

Ia akan berbau masam pada awalnya. Usah risau kerana ia amat berkesan menyahkan bau badan.

IKLAN

2. SODA BIKARBONAT

Sumber gambar: Liputan 6

Soda bikarbonat mempunyai banyak kegunaan selain untuk membuat kuih atau kek. 

Cara: Campur satu sudu jus lemon ke dalam satu sudu soda bikarbonat. Kemdian, sapukan aduan itu tadi pada ketiak dan biarkan seketika selama 5-10 minit. Kemudian, bilas dengan air.

Jika tiada jus lemon, kamu boleh gantikan dengan tepung jagung. Paling mudah, campurkan sedikit air pada soda bikarbonat dan sapu selepas mandi.

IKLAN

3. LEMON

Sumber gambar: Healthline

Selain menghilangkan bau busuk, lemon juga membantu mencerahkan kulit yang kehitaman di ketiak.

Cara: Hiris lemon dan sapu perlahan-lahan pada ketiak.

Boleh juga guna perahan jus lemon pada ketiak atau basahkan tuala dengan jus lemon dan sapu pada ketiak selepas mandi.

IKLAN

4. AIR MAWAR

Sumber gambar: Healthshots

Air mawar boleh dibeli siap dari kedai kecantikan atau dibuat sendiri di rumah.

Cara: Sapu ‘rose water’ pada ketiak dan biarkan ia kering sendiri.

5. SERBUK SANDALWOOD

Sumber gambar: Daily News

Herba ini boleh didapati di kedai rempah, pasaraya, atau ada yang dipek secara komersial di kedai kecantikan.

Cara: Jadikan pes dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit pada serbuk sandalwood. Sapukan pes pada ketiak dan biarkan sehingga kering, baru dibilas dengan bersih.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI