Amalan pemakanan yang baik adalah kunci kepada kehidupan sihat. Ini boleh dilakukan dengan menjaga diet seimbang dan pengambilan nutrien yang betul. Apa yang dimakan akan memberi kesan kepada kulit sama ada dalam cara positif atau negatif.

Memiliki kulit dan rambut yang cantik sememangnya menjadi idaman wanita. Tetapi impian ini tidak hanya boleh dicapai menerusi pemakaian produk penjagaan wajah. Penjagaan dalam juga amat penting.

Pengambilan Vitamin C yang cukup juga amat berkesan untuk mendapatkan kulit yang diidamkan. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin C yang mengandungi nutrisi diperlukan kulit amat membantu bagi mendapatkan kulit yang sihat dan canyik. Namun sebelum membeli sebarang Vitamin, semak dahulu kandungan Vitamin itu terlebih dahulu.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

3 TIP BELI VITAMIN C
Bila beli vitamin C chewable atau gummy, sentiasa pastikan dari mana punca manis Vitamin C itu.

Adakah sumber:
1) Stevia
2) Gula alkohol: sorbitol/maltitol/xylitol
3) Glucose, sucrose atau fructose
4) Aspartame

IKLAN

Ada orang fikir asal ada vitamin C ia lebih baik daripada bagi gula-gula. Sekurang-kurangnya adalah khasiatnya. Tidak semestinya. Jika hendak ambil vitamin C, kita perlu tengok label juga.

Pilih vitamin C terbaik. Paling nilai untuk kos yang kita bayar.
1) Jika vitamin C berwarna putih, pulangkan kembali jika warna sudah sangat kuning atau coklat. Vitamin C mungkin sudah teroksida. Maksudnya sudah tiada kesan antioksida bagus lagi.

IKLAN

2) Pilih pemanis selamat seperti stevia. Elakkan gula tiruan seperti Aspartame. Jangan ambil vitamin C dos mengandungi sugar alkohol (sorbitol,maltitol dan semua tol lain) kerana ia boleh mengakibatkan kembung perut.

3) Pilih Vitamin C tanpa kandungan gula. Ini sangat penting. Vitamin C bersaing dengan gula untuk penyerapan dalam sel badan..”guna highway” Glut yang sama hendak masuk ke dalam badan.

Malah kajian saintifik menunjukkan gula tinggi menghalang penyerapan vitamin C.
Jadi kita risau, vitamin C yang kita hendak, gula pula yang kita dapat. Sudahlah kita ambil banyak Vitamin C semasa sakit.

IKLAN
Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Bayangkan jumlah vitamin C dalam label bawah
150mg+460mg = 610mg
Gula 1g = 1000mg

Gula dalam vitamin C contoh ini hampir 2 kali ganda kandungan vitamin C. Agaknya mana yang banyak serap masuk ke dalamm badan kita? Agaknya kita beli gula ke beli vitamin C? Maka sebab itulah semak dahulu kandungan dalam Vitamin C sebelum membelinya.

HIJABISTA: Ambil masa untuk menyemak kandungan dalam Vitamin C. Jangan malas untuk mencari info. Apabila sudah berpuas hati barulah anda membuat keputusan untuk membelinya. 

Sumber kredit: Hafiz Sulaiman Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI