Antara perkara penting dalam memastikan usaha untuk menurunkan berat badan berterusan ialah dengan menimbang berat badan. Mungkin selama ini kita tidak sedar yang kita telah melakukan kesilapan ketika menimbang berat badan.
Ya! Memanglah anda sedang ‘struggle’ nak kurus tapi usaha itu biarlah dengan cara dan teknik yang betul. Sebab itulah perlu ada ilmu bagi memastikan usaha menurunkan berat badan itu jadi lebih berkesan dan kita perlu bersemangat.
Tahukah anda bahawa hendak timbang berat badan pun ada caranya. Berikut dikongsikan LAPAN kesilapan yang kita mungkin biasa lakukan tanpa sedar ketika menimbang berat badan.
1. TERLALU KERAP TIMBANG BERAT BADAN
Timbang berat badan 1-2 minggu sekali untuk tujuan perbandingan. Jangan timbang berat setiap hari. Turun naik berat dalam 1 hari adalah berat air.
2. TERLALU FOKUS PADA ANGKA BERAT BADAN
Ingat! Berat badan kita merangkumi berat otot, berat organ, berat tulang, berat cecair dan berat lemak. Berat lemak yang paling utama sekali utk dikurangkan.
3. MENGGUNAKAN MESIN TIMBANG YANG BERLAINAN
Kita perlu menggunakan mesin penimbang yang sama setiap kali timbang berat badan untuk tujuan perbandingan.
4. SETIAP KALI TIMBANG BERAT BADAN PADA WAKTU YANG BERBEZA
Disarankan timbang berat badan pada waktu pagi selepas membuang dan sebelum bersarapan.
5. LETAK PENIMBANG DI ATAS PERMUKAAN YANG TIDAK RATA
Angka penimbang akan menjadi tidak stabil bila diletakkan diatas permukaan yang tidak rata, contoh seperti karpet. Mula-mula berat turun, 5 minit kemudian berat naik 2 kg.
6. TIMBANG SELEPAS BERSENAM
Timbang berat badan selepas bersenam selalunya kurang tepat, disebabkan kurangnya air dalam badan dan juga sedang otot mengembang serta menyerap air yang baru masuk ke dalam badan.
7. TERLALU OBSES DENGAN ANGKA PENIMBANG SEHINGGA MEMPENGARUHI MOOD DAN SEMANGAT
Tujuan utama kita timbang berat badan adalah untuk monitor dan memperbaiki setiap apa yang kita dah lakukan dalam proses mengurangkan berat badan.
8. TIMBANG BERAT BADAN KETIKA DATANG HAID
Bagi kaum wanita pula, elakkan menimbang berat badan ketika datangnya period kerana terdapat gangguan hormon dan juga badan menyerap lebih banyak air. Jadi kemungkinan berat badan bertambah 1-2kg.
HIJABISTA: Tiada jalan singkat untuk menurunkan berat badan selain menjaga pemakanan dan juga melakukan senaman. Jangan mudah terpengaruh dengan sebarang ubat-ubatan kerana kesannya hanya semetara atau lebih buruk lagi ia boleh mendatangkan kemudharatan.
Sumber kredit: Slim & Fit Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI